| Perpustakaan Tun Seri Lanang |
Assalamualaikum w.b.t.
Perjalanan yg jauh dan pelbagai pengalaman yang di lalui. Bertolak dari Tanjong Malim dengan keadaan yang tergesa-gesa. Semua keperluan telah di bawa untuk ke perpustakaan UKM mencari bahan bagi kajian ilmiah ku. Bertolak selepas solat Zuhur. Ingatkan boleh sampai di UKM dengan cepat.. Rupa-rupanya banyak yg ditempuhi sebelum sampai.
Pada Mulanya hajat nak menaiki bas ke KL dari kolej. Tetapi bas terlepas dan perlu tunggu satu jam selepas itu. Kemudiannya aku merancang menaiki komuter dari Tanjung Malim ke UKM terus.. mungkin lebih cepat sampai.. Akhirnya berjaya menaiki tren tetapi ketika di Segambut, tren telah memberi laluan kepada ETS dan kami terpaksa menunggu. Mata aku asyik melirik jam di paparan skrin handphone ku kerana takut terlewat.
Alhamdulillah selamat sampai terus ke UKM walaupun lambat sedikit... kiranya dalam pukul 5.30 sampai di stesen UKM. Aku mengambil bas dan sampai di Perpustakaan Tun Seri Lanang dalam pukul 5.45 petang. Wahhh.. lewat dah... aku pn mula kelam kabut.. pergi ke opac PTSL aku pening.. tak pandai nak guna.. aku try jer la.. nak cari tesis tapi tak jumpa.. nk masuk ikut mana pun aku tak tau mula-mula.. Aku seperti "rusa masuk kampung". BLURRR........
Aku mesej seseorang.. tanye akhirnya aku dapat panduan dan aku mula okay.. Alhamdulillah segalanya dalam normal tetapi masih kepeningan nk cari buku ni kat mana.. buku tu kat mana.. aku sentiasa bertanya pada nya.. aku dapat panduan.. Aku asyik ulang alik, tingkat 4, tingkat 5... aku ulang alik dalam 5-6 kali... sebab pening masa tu.. bila dah dapat panduan tu aku try search kat opac, dapat lah juga 1-2 buku tetapi aku bukan nak buku, tetapi aku nk tesis.. Tapi syukurlah ada daripada tiada langsung. Aku pun mula menulis dan ambil maklumat sedikit..
Azan Maghrib berkumandang, aku terus berkemas dan pergi ke surau.. Subhanallah.. bahagia bila masuk surau.. menunaikan solat.. wuduk yang menyegarkan kita.. nikmat.. selesai solat Maghrib aku mula terasa keyakinan meningkat.. aku mengambil keputusan untuk balik selepas solat. Aku berjalan sehingga di depan Canselori UKM dan aku menunggu bas di situ. Menunggu bas juga satu cabaran buat ku.. hampir satu jam setengah menunggu baru dpat bas. Tak apa.. mungkin ada hikmah disebaliknya yang Allah cuba untuk beritahu aku.. semasa menunggu bas, sempat aku mengalunkan beberapa surah pendek mengisi masa walaupun tarannum tak berapa elok.. huhuhu.. Ya memang besar Kuasa Allah.. semasa menunggu bas, tiba-tiba terlintas sebuah motosikal yang di naiki dua wanita. Dua-dua wanita itu ku kenal, dan yang menumpangnya amat ku kenal. Tersenyum sambi melambai tangan kepada ku.. YA ALLAH, adakah ini hikmah yang kau beri untuk aku melihat wajahnya walaupun sekilas lalu.. Terima Kasih YA ALLAH.. cukuplah satu senyuman yang penuh bermakna itu boleh mengubat segala penat lelah ku masa itu.
Aku terus menunggu dan akhirnya RAPID KL muncul untuk ku naiki ke KTM UKM. Sampai di stesen UKM, sempat membeli "tau fu fa" untuk mengisi perut yg berkeroncong.. Alhamdulillah, walaupun sikit, cukup mengenyangkan ku. Aku lihat jam dan ku bertanya kepada pakcik menjaga Stesen KTM UKM sempat atau tidak balik ke TM. Pak cik tersebut memberi jawapan negatif.. akhirnya aku membuat keputusan untuk overnight di Terminal Bersepadu Selatan TBS. Sekali lagi hatiku terdetik ada hikmah yang Allah tunjuk apa yang berlaku. HMmmm sesampai di TBS, aku mencari surau utk mengerjakan Solat Isya' yang tertangguh. Ya malam yang indah ku hayati.. sungguh indah ciptaan Allah.. malam yang sunyi, sepi tetapi membawa seribu ketenangan. Dilimpahi cahaya lampu idea yang dicetuskan oleh Allah dalam pemikiran manusia. Aku hanya mengisi masa dengan membaca artikel berkaitan akidah, artikel di dalam I Luv Islam .com. Sangat seronok membaca. Banyak yang aku perolehi, input yang aku dapat. Aku hanya mampu melelapkan mata 1 jam..kemudian aku terus terjaga sampai ke subuh. Indah, subuh yang dingin ku lihat diluar embun yang menitis di jalur-jalur daun, dihujung-hujung rumput. suasana yang sejuk tetapi menyegarkan.. Aku dirikan solat subuh di surau dan selesai solat aku terus mengorak langkah untuk balik.
![]() |
| TBS Waktu Malam |
Ya Allah terima kasih, syukur Alhamdulillah, ENGKAU telah jaga diriku sepanjang malam, KAU telah menemaniku sepanjang malam. ENGKAU juga telah menjaga ku semasa perjalananku, seharian ku di sana, dan KAU juga telah memberi peluang yang berharga untuk ku walaupun sekejap. Ya Allah, KAU telah tunjukkan keindahan ciptaan Mu kepada ku.. Subhanallah.. aku sangat kagum dengan MU wahai Penciptaku..Wahai Tuhanku..
Kuharapkan perjalanan ini satu memori bagiku.. Insha Allah aku mungkin ke sana lagi kerana objektif aku utk bahan kajian ilmiah masih tidak tercapai.. ^_^


1 comments:
:')
Post a Comment