Wednesday, April 18, 2012

Persahabatan Jangan Pernah Untuk Menyakitinya

Sahabat  yang baik....
Bismillahhirahmannirahim...

Tetibe jer nk buat entri pd tgh ari ini.. hmmm selepas mendengar lagu "Erti Persahabatan" oleh DeHearty yang sy tgok kat fbook .. hmmm tersentuh mendengar lagu ini.. bait-bait lagunya yang amat memberi kesan kepada saya sendiri...

Ramai yang lupa, sahabat itu adalah orang yang paling penting selepas keluarga.. sahabat sebenarnya banyak mengorbankan dirinya untuk sahabatnya yang lain. Tak kira pengorbanan apa.. tetapi kadang-kadang kita tak nampak apa yang sahabat pernah lakukan untuk kita.. apa sahabat yang pernah korbankan untuk kita... sehingga perisitiwa yang tidak diingini berlaku segalanya kita akan imbau dan akan terlihat jelas pengorbanan seorang sahabat itu.. saat itu telah terlambat.. Seorang sahabat tidak minta pun di balas pengorbanannya, tetapi hanya niat di hatinya untuk melihat sahabatnya gembira, sahabatnya senyum, sahabatnya tenang...itu sudah cukup membayar pertolongan seorang sahabat.

Tertarik dengan satu ungkapan kata-kata mengenai sahabat..

Sahabat yang beriman....
ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia...
bagai pewangi yang mengharumkan...
Sahabat sejati..
menjadi pendorong impian...
Sahabat berhati mulia..
membawa kita ke jalan Allah..

Bersahabat biarlah kerana Allah S.W.T... jangan pernah membenci seorang yang bernama SAHABAT.. jangan pernah melupai insan yang bernama SAHABAT.. Bersahabat biarlah berpusatkan kepada niat kerana Allah S.W.T.. seorang yang hidup tanpa ada sahabat di sisinya, ibarat gelas berlian kosong apabila  dipecahkan tiada air di dalamnya walaupun setitik.. kering... tidak ada apa-apa.. Sahabat inilah yang menambahkan air didalam gelas berlian yang cantik itu, kerana doa seorang sahabat untuk sahabatnya memberi kebaikan kepada sahabatnya dan juga dirinya..

Janganlah sesekali memusuhi sahabat..jangan sesekali melukai hati sahabat.. jangan sesekali membuat air mata seorang sahabat jatuh.. jangan sesekali menyakiti sahabat.. doakanlah yang terbaik untuk sahabat..

"moga persahabatan ini
mengajar erti kehidupan
dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya"

Hamba tutupkan entri ini dengan video lagu "Erti Persahabatan-DeHearty" buat sahabat sekalian yang membaca blog ini.






0 comments:

Post a Comment

Azuandi1825. Powered by Blogger.