![]() |
| Ku simpan namanya di sudut hati, demi sebuah keredhoan |
Assalamualaikum w.b.t
Bila hati berbicara, berbagai-bagai cerita yang akan dicoretkan. Bila hati berbicara juga, berbagai-bagai perasaan yang akan terluah... Kerana hati ini mempunyai banyak yang dipendam.. kerana hati ini juga banyak parut-parut luka. Ada pepatah yang mengatakan, "ikut hati mati, ikut rasa binasa".. kadang-kadang ikut hati ini dengan pemikiran dan akal yang betul, akan dapat keputusan yang baik. Insha Allah.
Berbicara mengenai hati, ini lah terjadi bila hatiku berbicara.. mengenai perasaan..
" Ya Allah... sesungguhnya aku mula mengerti.. aku mula memahami.. aku mula mengenali.. kenapakah ujian sebesar ini ditujukan kepada ku. Hmm... saat berganti minit, minit berganti jam, jam pula berganti hari, hari diganti pula dengan minggu.. hari-hari ini telah membuat aku semakin matang.. hari-hari ini membuat aku semakin dewasa.. Aku tidak pernah sesekali merasakan dan alami sebuah perasaan yang begitu luar biasa.. ya, amat luar biasa.. walhal aku pertama kali dalam "cinta" pun tidak pernah merasakan perasaan sehebat ini.. Subhanallah bertapa besarnya kekuasaan Allah mampu membibitkan rasa dan perasaan ini dalam diriku.
Saat ini juga aku mula mengerti apa itu sayang, apa itu cinta dan apa itu rindu sebenarnya. Perkataan yang indah, bukannya mudah dan murah dilafazkan serta dilemparkan begitu sahaja. hmmm amat bahagia jiwa dan raga kita jika sayang itu kerana Allah, jika cinta itu kerana Allah dan jika rindu itu kerana Allah. Sama-sama berjuang di dalam jalan Allah, sama-sama menegakkan agama Islam.
Inilah yang aku mulai rasa.. perasaan yang begitu hebat..perasaan yang luar biasa.. mungkin sesetengah orang pernah merasakannya, tetapi tidak semua yang dapat merasai nikmat Allah bagi ini. Alhamdulillah aku telah mulai rasa nikmat ini. InshaAllah.. aku doakan agar segala rasa ini selama-lamanya.
Apa yang hatiku rasa, Sayang, Cinta dan rindu ku ini bukan semata-mata kerana hati, tetapi semata-mata kerana Allah. Semakin dirinya berubah, semakin dirinya mula memperbaiki diri, perasaan ini semakin menebal.. bukan semakin terhakis, bukan semakin menipis, saat berpisah kerana Allah, perasaan itu semakin menyerap ke dalam jiwa dan perasaan ku. Detik ini juga aku mula berfikir, rupa-rupanya aku mempunyai perasaan kepadanya bukan kerana hati, tetapi kerana Allah. Aku cintakan perubahan, aku sayang akan perubahan dan aku rindu akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Segalanya adalah perubahan yang berlaku padanya.
Ya Allah.. Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar.. semuanya tunduk kepadaMu ya Allah Pencipta aku. Bataskanlah hati dan perasaan ini supaya tidak melebihi aku mencintai, sayang dan rindu kepadaMU... aku juga sedar jika semuanya kerana Allah, kebahagian amat-amat terasa dalam kehidupan.
Ya Allah.. jagalah mulutku daripada melafazkan kata-kata sayang, rindu dan cinta ini kepadanya. Kerana aku tahu ini bukan lah masanya. Biar aku simpankan segala-gala kata ini sehingga waktunya. Andainya dirinya menjadi tulang rusuk kiri ku, teman sehidup ku, teman di kala duka, di kala sunyi, di kala senang, dikala gembira..serikanlah bibirku dan tutur bicaraku untuk melafazkan kepadanya.. Andai dirinya bukan untuk ku, kau pertemukanlah dengannya yang lebih baik segala-galanya..."


0 comments:
Post a Comment