Wednesday, April 18, 2012

Nun Jauh Hasrat di Hati..

Bismillahirahmannirahim...

Setiap insan mempunyai sesuatu yang terbuku di dalam hati.. Kadang-kadang ianya dapat diluahkan dan di laksanakan.. ada yang dapat diluahkan tetapi belum dapat dilaksanakan.. ada yang telah diluahkan dan telah dilaksanakan.. Menanam sesuatu hasrat boleh membangkitkan motivasi diri kita.. sama juga dengan cita-cita.. cita-cita adalah pemangkin semangat dalam diri kita supaya untuk lebih berusaha ke arah itu dan tidak lupa  juga kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Hasrat yang manusia simpan banyak. Ada yang berhasrat untuk membeli sesuatu, ada yang berhasarat hendak pergi ke sesuatu tempat, ada yang berhasrat nak mendapatkan jodoh/kahwin... memang tidak dinafikan hasrat itu banyak, biarlah hasrat itu adalah hasrat ke arah kebaikan yang tidak menyimpang jauh daripada Islam, yang tidak membelakangi Allah S.W.T. Jika hasrat kita baik, InshaAllah dengan izin Allah Maha Kuasa sudah pastinya hasrat itu akan tercapai. Lambat dan cepat itu adalah biasa, kita di uji, kita di cuba sama ada bersabar apabila lambat untuk mendapat hasrat itu, dan kita juga di uji bersyukur atau tidak kita kepadaNya setelah hasrat yang dihajati cepat tercapai. Tanyalah pada diri anda, anda yang bagaimana??

Kembali kepadaku, hasrat di hati jauh hendak pergi ke sebuah tempat yang indah, yang tenang, yang bercahaya, yang baik semuanya iaitu Makkah Al Mukaramah. Ingin membawa keluarga ke Makkah untuk menunaikan Haji dan Umrah.. Untuk beribadat kepadaNya. Ku berdoa akan dipermudahkan segalanya urusan ini bila sampai masa nyakelak. Hasrat ini ku tanam dalam hatiku sebelum aku menjejak kaki ke universiti. Semoga keluarnya aku menjadi seorang graduan universiti lebih memudahkan aku untuk menyimpan dan melaksanakan hasrat ini. Aku ingin melihat Baitullah itu di hadapan ku.. Betapa indahnya Baitullah. Ramai saudara sesama Islam aku kelak beratur masing-masing untuk beribadah kepada Allah. Aku ingin melihat Kota Makkah yang indah bercahaya.. Semoga hasrat ku ini akan tercapai untuk pergi bersama keluarga dan insan yang ku tunggu.
Subhanallah.. Indahnya..


Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya bagiku .. amiin..

0 comments:

Post a Comment

Azuandi1825. Powered by Blogger.