| PERGILAH!!! Jangan sesekali engkau patah balik kiranya tidak menemui keredhaaNYA |
Assalamualaikum w.b.t
Lidah terkelu tidak berbahasa..Mulut terbuka tidak bersuara.. Telinga dipasang tidak mendengar.. Mata nampak tapi tidak melihat.. Awan seakan bergerak tetapi bumi yang bergerak. Matahari seakan bergerak, tetapi bumi yang beredar. Bumi seakan bergerak, tetapi bulan mengelilinginya. Itulah kebesaran Allah. Allah Maha Mengetahui Rahsia Isi Langit dan Bumi. Subhanallah.. bertafakur sejenak untuk mengingati Allah ~~
Insan yang bergelar "Aku" tidak sempurna mana.. banyak kekurangannya.. Insan yang bergelar "Aku" juga tidak sebaik mana.. banyak kejahatan dalam dirinya.. Insan yang bergelar "Aku" tidak segagah mana.. hanya bersederhana keadaannya.. Insan bergelar "Aku" kaya.. jauh sekali panggang dari api.. harta sedikit pun tidak dimiliki, hanya ada Islam, Keluarga dan Ilmu menjadi bekalan diri
Mampukah insan yang dijenamakan sebagai "Aku" mampu berubah untuk fasa kehidupannya yang lebih baik dari segala aspek. Mampukah insan yang digelar "Aku" menjadi seorang hamba yang beriman, beramal dan soleh disisi Illahi. Ahhhh... Mampu ker "Aku" ini menjadi ustaz?? walaupun menjadi pembimbing untuk zaujah yang ditetapkan. Hanya "Aku" yang mampu menjawab persoalan itu.. simpanlah jawapan itu, buktikanlah dengan perlakuan. bukan dengan bukti hujah yang "aku" sering beri kepada orang lain.
Biarlah insan yang dinamakan "Aku" itu pergi berlalu.. biarlah "Aku" membawa dirinya.. biarlah juga "Aku" mencari keredhaan Illahi. Biarlah "Aku" mengumpul kekuatan untuk bersua kembali.. Biarlah "Aku" menangis mengenangkan dosanya yang lalu. Biar saja "Aku" itu menitiskan permata lelakinya untuk Allah S.W.T. Biarlah "Aku" itu tahu apa itu langit, apa itu bumi. Biarkan saja insan bernama "Aku" itu.
Dengan izin Allah, semoga yang bergelar "aku" balik dengan cahaya keimanan.. semoga "aku" pulang dengan sebuah kejayaan.. semoga juga "aku" itu bersua dengan kegagahan seorang pemimpin Islam sejati. semoga "aku" itu bertambah kuat dengan takdir yang ditetapkan... Semoga "aku" menemui keredhaanNya.. semoga "aku" mengenali Allah S.W.T dengan lebih dekat. Semoga "aku" menjadi seorang pembimbing bukannya seorang dibimbing lagi. Pamerkanlah sinar perjuangan Islam mu "aku".
"Yang 'bergelar' sebagai pengenalan, yang 'mampukah' sebagai persoalan, yang 'biarlah' sebagai kekuatan, dan yang 'semoga' sebagai pencapaiannya."
Sekeping nota dari diriku buat "AKU",
"Jangan hanya petah berbicara, jangan hanya gagah dalam gelanggang, jangan hanya duduk untuk semua itu.. pergilah kau!! pergilah kau dari sini!! pergilah kau mencari apa yang patut engkau cari!! tidak usahlah mengganggu hidup orang lain, hidup kau pun belum sempurna.. untuk apa kau terjegat dihadapanku, untuk apa kau berada di depan mataku, kau pergilah.. pergilah...sedangkan aku jijik melihat kau.. apatah orang lain. pergilah!! tapi ingat, baliklah sekiranya yang kau cari dah kau temui.. ingatlah, baliklah sekiranya kau betul-betul bersedia.. ingatlah, jika kau temui segala-galanya baliklah kau kepada diriku, "AKU"."
insan serba kekurangan,
insan serba kekurangan,


0 comments:
Post a Comment