Monday, April 30, 2012

Jalan Kehidupan

JALAN YANG LURUS

JALAN LURUS


Siapa manusia di muka bumi ini tak suka dengan jalan yang lurus. Jika berada di atas jalan semua kenderaan akan berasak-asak menggunakan jalan highway. Kenapa menggunakan jalan lebuhraya?? sebabnya lurus dan cepat sampai.. Wahh.. jawapan yang ana rasa begitu relevan. Ya cepat sampai dan tak payah nak susah-susah buat corner maut dan corner sebagainya. Tetapi, ada segelintir manusia, menyangkal, jalan lurus tidak ada cabaran. Jalan yang berliku banyak cabaran baru dikatakan pemandu dan penunggang yang profesional. Kalau nak dikatakan profesional sangat tak ade la sangat, sebab Rossi, Shumacher, semuanya ana rasa pelumba tersohor, tapi berlumba kat trek, trek pulak jalan banyak lurus dan mudah, tetap profesional jugak.. (pendapat ana secara spontan huhuhu ^_^)  berbalik kepada jalan tadi, jalan lurus banyak nak guna kerana cepat dan mudah serta jimatkan masa.

Jika kita lihat dalam diri kita, kita selami hati kita, suka ikut jalan mana?? Nak jalan lurus terus sampai ke destinasi atau nak jalan yang berliku-liku banyak persinggahan. Ana fikir, semestinya kalian semua berhajat menggunakan jalan yang lurus. 


JALAN KEHIDUPAN

Begitu juga dengan kehidupan manusia. Allah SWT menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk berfikir dalam membuat keputusan. Maha Suci Allah, Engkau telah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Jalan kehidupan, terpulang untuk kita memilihnya, "Jalan Lurus" atau pun "Jalan Berliku". Allah SWT telah memberi kita jalan yang mudah pada asalnya, memberi jalan yang lurus. Tetapi ada manusia yang tidak mahu mengikuti jalan yang lurus itu dengan membuat jalan yang lurus itu menjadi berliku-liku dan persinggahan yang terlalu banyak. Secara asalnya, jalan kehidupan yang Allah tentukan adalah mudah... lurus, straight to the point. Jika kita ikut jalan itu, InsyaAllah, Syurga destinasi yang hendak kita tuju terus sampai tanpa ada persinggahan. Jika jalan berliku dipilih, pelbagai yang hendak kita lalui sehinggakan kita akan singgah di neraka dahulu sebelum ke destinasi kita sebenarnya iaitu Syurga.

JALAN BERLIKU
"Jalan Lurus" yang ana maksudkan adalah matlamat hidup kita. Jika kita mempunyai matlamat hidup mati kita kerana Allah SWT, sudah tentu jalan yang lurus dibentangkan di depan kita untuk kita melangkah. Jalan yang lurus senang untuk kita mengetahui apa yang ada di depan kerana kita nampak dari jauh. Ibadah kita, Iman kita semuanya akan membawa kita kepada jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang kita cari untuk ke destinasi kehidupan kita. Pilih lah jalan ini dalam kehidupan kita. Jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan juga akhirat. 

"Jalan Berliku" jalan yang pada masa kini, semakin suka untuk orang lalui dalam jalan kehidupan mereka. Mereka tidak pernah terfikir untuk mengikut jalan yang lurus kerana berfikiran belum tiba masanya. Fasanya belum tiba. Ana nak tanya pada orang-orang ini, Allah SWT ada menyatakan sama ada untuk ke jalannya perlu fasa dan masanya?? Sejak lahir lagi sepatutnya kita perlu beribadah kepada Allah dan mengikut jalan yang Dia tentukan. Ingatlah, malaikat maut sering memerhati.. malaikat maut hanya menunggu arahan dari Allah SWT menjalankan tugasnya. Sempat lagi kah tidak kita membuat pusingan "U" ke jalan yang lurus ketika saat nyawa kita penghujungnya. Terlalu lambat saudara dan saudari. Buatlah pusingna "U" dari sekarang. Untuk apa kita melalui jalan berliku, jalan yang perlu singgah ke Persinggahan Neraka. Padahal jalan lurus terus membawa kita kepada Syurga tanpa adanya persinggahan ini.

Sahabat sekalian, ana bukan  pandai nak bermotivasi, nak berdakwah, ana menulis sekadar perkongsian, sekadar hobi ana. Sekadar ingat memperingati juga. Ana harap, sahabat pilihlah jalan yang betul mula dari sekarang. Pilih yang membawa kebaikan kepada kita bukan membawa kemudaratan. "JALAN LURUS" atau "JALAN BERLIKU".. tepuk dada, tanya Iman sahabat sekalian. Semoga kehidupan yang kita di dunia akan diberkati oleh ALLAH, segala amalan dan ibadah kita akan diterima oleh Allah. Uhibbuka FIllah.. ^_^



                                                                                                         insan serba kekurangan,



0 comments:

Post a Comment

Azuandi1825. Powered by Blogger.