Tuesday, April 17, 2012

Melangkah Ke Dunia Penulisan Blog

Assalamualaikum w.b.t....

Melangkah ke dunia penulisan Blog adalah sesuatu yang baru bagi ku.. Amat lama juga ingin mengimpikan sebuah blog.. Selama ini hajat yang aku inginkan sebuah blog akhirnya tercapai.. Walaupun penulisan ku tidak seberapa baik.. walaupun penulisan ku tidak bermadah dan berpuitis, tapi aku akan tetap menulis mengikut kemampuan ku...

Ya... Syukur Alhamdulillah, kerana aku dapat membina sebuah blog untuk kehidupanku.. blog ini akan ku gunakan sebaik yang mungkin untuk memberi pesanan kepada saudara-saudara ku, berkongsi cerita, berkongsi masalah, berkongsi pendapat, berkongsi idea, berkongsi ilmu.. Walaupun tidak mampu untuk ku menulis sebuah buku, cukuplah blog ini menjadi sebuah penulisan bagiku...

Entah mengapa hati ini terdetik membina blog ini.. entah mengapa hati ini terdetik teringin sangat hendak menulis.. Wallahualam.. Semoga semuanya adalah kerana Allah Taala..

p/s: . Blog ini ku dedikasikan buat seorang insan yang ku tetap doakan kesejahteraannya...

Amiin....

0 comments:

Post a Comment

Azuandi1825. Powered by Blogger.