Monday, April 30, 2012

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Jodoh, Jodoh, Jodoh. Sampai Lembik!




Dahulu, semasa saya memulakan kembara cinta. Saya sama seperti kebanyakan orang. Terperangkap dalam paradigma jodoh. Biasalah, semangat nak dapat jodoh yang baik, bercinta dengan cinta yang baik. Jadi, urusan jodoh ini sering berada dalam fikiran.
Sehingga satu tahap, saya usaha menjadi ala-ala malaikat dengan mengangkat statement seperti:
“Kita ini hanya menunggu jodoh yang Allah telah tuliskan untuk kita di lauh mahfudz sana.”
‘Menanti’, ‘Memendam’, dengan kepercayaan bahawa, nanti Allah bagi kita jodoh yang baik. Ya, begitulah yang saya percaya. Dan ketika waktu-waktu begini, sangatlah saya obses dengan mimpi-mimpi yang saya rasa, saya ulang, saya rasa menjadi isyarat kepada jodoh saya.
Hari ini, saya telah lama meninggalkan semua itu.
Saya melihat, perasaan sedemikian adalah penyakit.
Hingga Tidak Tentu Arah.
Apabila saya menjadi penulis dan mula menempa nama, maka Facebook saya sering diketuk dengan pelbagai persoalan mengenai cinta. Soalan paling popular adalah: “Bagaimana hendak mengetahui bahawa dia itu jodoh saya?” Begitu.
Ramai yang bercerita akan dia bermimpi sekian dan sekian. Terlihat wajah sekian dan sekian. Berlaku sekian dan sekian. Ada pula yang menceritakan tentang degupan jantungnya begini dan begitu, akalnya yang begini dan begitu, dan sebagainya. Ada pula yang cuba menjustifikasikan perasaannya dengan menyatakan kebetulan-kebetulan yang berlaku seperti asyik terserempak, bila diperiksa minat si fulan/fulanah itu sama dengan dirinya, dan sebagainya.
Kemudian mereka menceritakan bagaimana mereka tidak tenang, kerana asyik terfikirkan perkara ini. Bagaimana mereka takut untuk membuat keputusan yang ‘tidak direstui petanda-petanda’ ini. Lebih teruk, ada pula yang telah bertunang, telah mengikat janji hendak berkahwin, sudah berurusan dengan keluarga dan sebagainya, kemudian diserang ‘fikiran-fikiran sebegini’, hingga menjadi tidak tentu arah dan ragu-ragu dengan pilihannya.
Masa muda, habis disibukkan dengan perasaan-perasaan sebegini. Kemudian buat keputusan terburu-buru, kerana ‘dipandu’ kefahaman sebegini.
Mereka menamakannya dengan pelbagai nama.
‘Panggilan Tuhan’, ‘Petunjuk Tuhan’ dan pelbagai nama yang menunjukkan ketuhanan, untuk menyatakan inilah dia ‘hidayah, ilham’ daripadaNya.
Tetapi bagaimanakah petunjuk Tuhan itu boleh menjadikan seseorang tidak tenang dan fikiran seseorang bercelaru? Bagaimanakah Tuhan, memandu seseorang tanpa praktikal yang logik sedang hamba-hambaNya hidup di alam realiti?

Jodoh, Di TanganNya. Mereka Sendiri Kata.
Siapakah Jodoh Kita?
Sebenarnya satu soalan yang tidak mampu dijawab sesiapa.
Apakah dengan yang kita berkahwin, itu jodoh kita? Belum tentu. Ada orang berkahwin, cerai. Ada orang berkahwin, kemalangan, seorang mati dan seorang lagi hidup, lalu yang hidup kahwin pula dengan orang yang lain.
Jadi apakah mafhum ‘jodoh’? Ya. Terlalu abstrak. Tidak mampu diikat dengan apa-apa.
Maka bagaimanakah kita boleh menyibuk-nyibukkan diri berfikir akan perkara sebegini sehingga menganggu kehidupan kita?
Jodoh itu ditanganNya. Ayat ini, sering disalah guna, untuk melarang mereka yang ingin berusaha mencari jodoh yang baik buat diri mereka. Mereka ini akan sering dinasihatkan oleh sekumpulan manusia: “Tak payah usaha kuat sangat, jodoh itu di tangan Allah, Dia telah menetapkanNya.”
Apakah nasihat ini? Ya, jodoh itu di tangan Allah SWT. Justeru, kita tidak tahu. Tetapi Allah SWT telah memberikan kita petunjuk, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’ melalui firmanNya:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” Surah Al-Baqarah ayat 221.
Jadi, memang kita tidak akan tahu ‘siapa’ jodoh kita. Tetapi kita tahu, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’. Maka bergeraklah. Cari. Risik. Selidik. Usaha dapatkan yang terbaik. Jelas Allah SWT sendiri mengisyaratkan kita untuk ‘mencari’. Lihatlah bagaimana Dia berfirman: Dan janganlah kamu berkahwin dengan…”
                Bukankah itu tandanya, pilihan di tangan kita? Kalau semuanya telah diaturkan, ditetapkan, buat apa Allah SWT pesan agar kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jenis orang?
Maka, sepatutnya, kita bergerak mencari. Bukannya menanti petanda-petanda ajaib. Kita ini walikah sehingga kita dapat membezakan mana satu mimpi yang Allah berikan petunjuk, mana satu mimpi mainan syaitan? Kita ini walikah sehingga kita dapat menjangka dengan tepat kebetulan-kebetulan itu adalah tanda Allah nak si fulan/si fulanah itu jodoh kita? Bukan. Kita bukan wali!
Maka hendaklah kita berpijak di bumi yang nyata.
Bergerak secara praktikal!
Jodoh di tanganNya. Kita tidak tahu. Sebab itu kita berusaha!

Jangan Takut Selepas Berusaha.
Sebab itu, amat penting untuk kita meneliti semula kefahaman kita terhadap rumahtangga di dalam Islam. Tujuan berumahtangga. Ianya adalah untuk membina ummah. Bukannya untuk berseronok-seronok, sekadar hendak memenuhi kehendak nafsu dan hayat.
Bila kita memahami bahawa rumahtangga adalah untuk membina ummat, maka kita tidak akan serahkan perkara sebesar ini semata-mata kepada mimpi.
Bila kita telah berusaha, telah bersungguh-sungguh mencari ciri-ciri yang baik, yang sesuai untuk dijadikan isteri/suami kepada kita, maka percayalah dengan pilihan itu. Apa yang ada di tangan, usahakan. Sebab itu, perlu ada reason yang sangat kuat, kenapa kita pilih si dia untuk menjadi isteri/suami kita.
Sebab itu saya sarankan agar kita meneliti, menyelidik, usaha untuk at least kenal serba sedikit dengan orang yang ingin kita jadikan sebagai bakal pasangan kita dalam rumahtangga. Ada banyak cara yang syar’ie dalam hal ini. Tidak perlu mengorat, tidak perlu bercouple. Yang diperlukan adalah kesabaran dan keberanian.
Pergi kepada wakilnya, tanyakan perihalnya serba sedikit. Pergi kepada yang mengenalinya, tanya bagaimana dia. Perempuan pun sama, pergi selidik. Tanya sesiapa yang kenal dengannya. Kalau dia ada adik atau kakak perempuan, gunakan peluang itu sebaiknya. Kalau ada wakil lelaki dari pihak anda, minta agar wakil lelaki anda selidiki diri lelaki itu.
Yang penting, carilah sebab yang paling ampuh(semestinya sebab yang syara’ dan diredhai Allah) untuk menjadikan dia pasangan kita.
Bukan atas mimpi, bukan atas kebetulan-kebetulan.
Kemudian sibuk fikirkan itu adalah jodoh, jodoh, jodoh, sampai serabut kepala dan lembik peribadi. Syok sendiri.
Usaha, pilih, dan selepas pilih, istiqomahlah!
Usaha dah syara’, jalan pilih dan ciri-cirinya sudah menyenangkan jiwa kita, apa lagi mahu diragu-ragukan? Jalan terus. Usah pandang-pandang kiri dan kanan lagi.

Penutup: Buanglah Mainan Perasaan Ini. Cinta Adalah Serius!
Buanglah mainan perasaan seperti mimpi-mimpi dan kebetulan-kebetulan ini. Buanglah statement-statement malaikat seperti ‘Menanti Jodoh Yang Telah Ditetapkan’ dan sebagainya. Mana kita tahu?
Mari, saya ajak kepada yang lebih praktikal. Saya dahulu juga sibuk dengan benda-benda jodoh ini, tetapi selepas saya memahami betapa Allah SWT menganjurkan kita agar berusaha, dan betapa saya memahami Islam ini adalah praktikal, maka saya telah meninggalkan semua kelembikan ini.
Islam itu berdiri di atas perkara yang solid. Bukan rasa-rasa, dan perkara selemah mimpi!
Bukannya saya melarang perkara seperti istikharah. Namun meletakkan semua ke atas perkara yang kita sendiri tidak pasti, samalah seperti kita menguruskan urusan Tuhan. Allah sendiri suruh kita usaha, sudah Dia berikan ciri-ciri yang Dia suka, maka apa lagi? Usahakanlah!
Isu Istikharah juga hangat. Banyak salah faham di dalamnya. Sangka orang, istikharah, maka jika selepas itu mimpi, itulah jawapannya. Jika selepas itu nampak ‘tanda’, itulah jawapannya. Sedangkan, perkara yang sebenar bukan semudah itu!
Saya akan terangkan perihal istikharah secara khusus dalam lembaran yang lain.
Yangpenting, buanglah permainan perasaan ini.
Jangan jadi nujum jodoh.
Pandanglah dengan mata realiti. Bukan mata majazi.
Usalah dengan apa yang telah Tuhan beri, bukan fikirkan apa yang Tuhan akan beri.
Ketepikan kelembikan atas perihal jodoh, jodoh, jodoh ini!

**ambil daripada http://langitilahi.com/8217.. untuk perkongsian.. Syukran LangitIlahi.. banyak perkongsiaan Motivasi di langitlahi.com sebagai pemangkin semangat dalam kehidupan.. Saya sangat suka motivasi ini yang memberi semangat, jangan berputus asa.. bukan hanya dalam soal jodoh, jangan berputus asa juga dalam apa jua hal. Baik daripada pelajaran, pertandingan, kehidupan.. Sebab itu Allah suruh kita berusaha, berdoa lepas tu baru tawakkal dan istiqamah.. :) ana uhibbuka fillah.. semoga memberi manfaat kepada kita semua.. ^_^

** aku juga ingin menjadi seperti saudara yang menubuhkan langitilahi ini.. menjadi penulis.. menjadi motivator.. InshaAllah aku akan usahakan.. doakan segalanya untuk sahabat ini.. semoga satu hari kelak mampu seperti penulis dan founder langitilahi.com.. ^_^


                                                         insan serba kekurangan,

Jalan Kehidupan

JALAN YANG LURUS

JALAN LURUS


Siapa manusia di muka bumi ini tak suka dengan jalan yang lurus. Jika berada di atas jalan semua kenderaan akan berasak-asak menggunakan jalan highway. Kenapa menggunakan jalan lebuhraya?? sebabnya lurus dan cepat sampai.. Wahh.. jawapan yang ana rasa begitu relevan. Ya cepat sampai dan tak payah nak susah-susah buat corner maut dan corner sebagainya. Tetapi, ada segelintir manusia, menyangkal, jalan lurus tidak ada cabaran. Jalan yang berliku banyak cabaran baru dikatakan pemandu dan penunggang yang profesional. Kalau nak dikatakan profesional sangat tak ade la sangat, sebab Rossi, Shumacher, semuanya ana rasa pelumba tersohor, tapi berlumba kat trek, trek pulak jalan banyak lurus dan mudah, tetap profesional jugak.. (pendapat ana secara spontan huhuhu ^_^)  berbalik kepada jalan tadi, jalan lurus banyak nak guna kerana cepat dan mudah serta jimatkan masa.

Jika kita lihat dalam diri kita, kita selami hati kita, suka ikut jalan mana?? Nak jalan lurus terus sampai ke destinasi atau nak jalan yang berliku-liku banyak persinggahan. Ana fikir, semestinya kalian semua berhajat menggunakan jalan yang lurus. 


JALAN KEHIDUPAN

Begitu juga dengan kehidupan manusia. Allah SWT menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk berfikir dalam membuat keputusan. Maha Suci Allah, Engkau telah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Jalan kehidupan, terpulang untuk kita memilihnya, "Jalan Lurus" atau pun "Jalan Berliku". Allah SWT telah memberi kita jalan yang mudah pada asalnya, memberi jalan yang lurus. Tetapi ada manusia yang tidak mahu mengikuti jalan yang lurus itu dengan membuat jalan yang lurus itu menjadi berliku-liku dan persinggahan yang terlalu banyak. Secara asalnya, jalan kehidupan yang Allah tentukan adalah mudah... lurus, straight to the point. Jika kita ikut jalan itu, InsyaAllah, Syurga destinasi yang hendak kita tuju terus sampai tanpa ada persinggahan. Jika jalan berliku dipilih, pelbagai yang hendak kita lalui sehinggakan kita akan singgah di neraka dahulu sebelum ke destinasi kita sebenarnya iaitu Syurga.

JALAN BERLIKU
"Jalan Lurus" yang ana maksudkan adalah matlamat hidup kita. Jika kita mempunyai matlamat hidup mati kita kerana Allah SWT, sudah tentu jalan yang lurus dibentangkan di depan kita untuk kita melangkah. Jalan yang lurus senang untuk kita mengetahui apa yang ada di depan kerana kita nampak dari jauh. Ibadah kita, Iman kita semuanya akan membawa kita kepada jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang kita cari untuk ke destinasi kehidupan kita. Pilih lah jalan ini dalam kehidupan kita. Jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan juga akhirat. 

"Jalan Berliku" jalan yang pada masa kini, semakin suka untuk orang lalui dalam jalan kehidupan mereka. Mereka tidak pernah terfikir untuk mengikut jalan yang lurus kerana berfikiran belum tiba masanya. Fasanya belum tiba. Ana nak tanya pada orang-orang ini, Allah SWT ada menyatakan sama ada untuk ke jalannya perlu fasa dan masanya?? Sejak lahir lagi sepatutnya kita perlu beribadah kepada Allah dan mengikut jalan yang Dia tentukan. Ingatlah, malaikat maut sering memerhati.. malaikat maut hanya menunggu arahan dari Allah SWT menjalankan tugasnya. Sempat lagi kah tidak kita membuat pusingan "U" ke jalan yang lurus ketika saat nyawa kita penghujungnya. Terlalu lambat saudara dan saudari. Buatlah pusingna "U" dari sekarang. Untuk apa kita melalui jalan berliku, jalan yang perlu singgah ke Persinggahan Neraka. Padahal jalan lurus terus membawa kita kepada Syurga tanpa adanya persinggahan ini.

Sahabat sekalian, ana bukan  pandai nak bermotivasi, nak berdakwah, ana menulis sekadar perkongsian, sekadar hobi ana. Sekadar ingat memperingati juga. Ana harap, sahabat pilihlah jalan yang betul mula dari sekarang. Pilih yang membawa kebaikan kepada kita bukan membawa kemudaratan. "JALAN LURUS" atau "JALAN BERLIKU".. tepuk dada, tanya Iman sahabat sekalian. Semoga kehidupan yang kita di dunia akan diberkati oleh ALLAH, segala amalan dan ibadah kita akan diterima oleh Allah. Uhibbuka FIllah.. ^_^



                                                                                                         insan serba kekurangan,



Sunday, April 29, 2012

Pergilah "AKU" !!!

PERGILAH!!! Jangan sesekali engkau patah balik kiranya tidak menemui keredhaaNYA

Assalamualaikum w.b.t

Lidah terkelu tidak berbahasa..Mulut terbuka tidak bersuara.. Telinga dipasang tidak mendengar.. Mata nampak tapi tidak melihat.. Awan seakan bergerak tetapi bumi yang bergerak. Matahari seakan bergerak, tetapi bumi yang beredar. Bumi seakan bergerak, tetapi bulan mengelilinginya. Itulah kebesaran Allah. Allah Maha Mengetahui Rahsia Isi Langit dan Bumi. Subhanallah.. bertafakur sejenak untuk mengingati Allah ~~

Insan yang bergelar "Aku" tidak sempurna mana.. banyak kekurangannya.. Insan yang bergelar "Aku" juga tidak sebaik mana.. banyak kejahatan dalam dirinya.. Insan yang bergelar "Aku" tidak segagah mana.. hanya bersederhana keadaannya.. Insan bergelar "Aku" kaya.. jauh sekali panggang dari api.. harta sedikit pun tidak dimiliki, hanya ada Islam, Keluarga dan Ilmu menjadi bekalan diri

Mampukah insan yang dijenamakan sebagai "Aku" mampu berubah untuk fasa kehidupannya yang lebih baik dari segala aspek.  Mampukah insan yang digelar "Aku" menjadi seorang hamba yang beriman, beramal dan soleh disisi Illahi. Ahhhh... Mampu ker "Aku" ini menjadi ustaz?? walaupun menjadi pembimbing untuk zaujah yang ditetapkan. Hanya "Aku" yang mampu menjawab persoalan itu.. simpanlah jawapan itu, buktikanlah dengan perlakuan. bukan dengan bukti hujah yang "aku" sering beri kepada orang lain.

Biarlah insan yang dinamakan "Aku" itu pergi berlalu.. biarlah "Aku" membawa dirinya.. biarlah juga "Aku" mencari keredhaan Illahi. Biarlah "Aku" mengumpul kekuatan untuk bersua kembali.. Biarlah "Aku" menangis mengenangkan dosanya yang lalu. Biar saja "Aku" itu menitiskan permata lelakinya untuk Allah S.W.T. Biarlah "Aku" itu tahu apa itu langit, apa itu bumi. Biarkan saja insan bernama "Aku" itu. 

Dengan izin Allah, semoga yang bergelar "aku" balik dengan cahaya keimanan.. semoga "aku" pulang dengan sebuah kejayaan.. semoga juga "aku" itu bersua dengan kegagahan seorang pemimpin Islam sejati. semoga "aku" itu bertambah kuat dengan takdir yang ditetapkan... Semoga "aku" menemui keredhaanNya.. semoga "aku" mengenali Allah S.W.T dengan lebih dekat. Semoga "aku" menjadi seorang pembimbing bukannya seorang dibimbing lagi. Pamerkanlah sinar perjuangan Islam mu "aku". 

"Yang 'bergelar' sebagai pengenalan, yang 'mampukah' sebagai persoalan, yang 'biarlah' sebagai kekuatan, dan yang 'semoga' sebagai pencapaiannya." 

Sekeping nota dari diriku buat "AKU",

"Jangan hanya petah berbicara, jangan hanya gagah dalam gelanggang, jangan  hanya duduk untuk semua itu.. pergilah kau!! pergilah kau dari sini!! pergilah kau mencari apa yang patut engkau cari!! tidak usahlah mengganggu hidup orang lain, hidup kau pun belum sempurna.. untuk apa kau terjegat dihadapanku, untuk apa kau berada di depan mataku, kau pergilah.. pergilah...sedangkan aku jijik melihat kau.. apatah orang lain. pergilah!! tapi ingat, baliklah sekiranya yang kau cari dah kau temui.. ingatlah, baliklah sekiranya kau betul-betul bersedia.. ingatlah, jika kau temui segala-galanya baliklah kau kepada diriku, "AKU"."

                                                                                                                     insan serba kekurangan,



Saturday, April 28, 2012

Tak Susah dan Tak Lama Pun

Assalamualaikum w.b.t

Malam yang dingin.. Syukur ke hadrat Illahi pagi sebegini  telah memberi ilham kepadaku untuk menulis.. Mencoret sebuah entri yang mungkin tidak bermakna mungkin yang tidak dibaca.. sekadar menulis untuk satu kepuasan.. Bila menulis satu kepuasan bagi aku.

Kita tidak nafikan, kita banyak membuang masa. Dengan bermain, dengan berchatting, dengan berskyping, Facebooking dan macam-macam lagi yang melalaikan. Ada yang lupa akan tanggungjawab mereka sebagai hambaNYA. Ada yang lupa untuk mengingatinya dek kelalaian terhadap duniawi. Astaghfirullahalazim.. Sungguh ya.. sungguh ada yang tergamak untuk melupakan matlamat hidup mereka.

"Biarlah hidup mati aku kerana Allah Taala"
Bunyi pasrah kan quote ni?? ini bukan pasrah.. tapi ini hakikat kehidupan kita sebenarnya.. hidup mati kita kerana Allah. Allah meniupkan roh-roh ke dalam setiap hambaNya untuk kita sujud kepadaNya. Untuk menghambakan diri kepadaNya. untuk beribadah kepadaNya. ^_^ Janganlah menganggap quote tersebut adalah pasrah.

Bila bicara mengenai ibadah, pasti perkara yang terlintas adalah SOLAT.. Ya! SOLAT is the first thing come in our mind. SOLAT lima waktu adalah ibadah wajib yang kita kerjakan setiap hari.. oleh itu, saya ingin berkongsi sesuatu.. 
Solat awal waktu..x lame pon!

Tak lame kan solat.. Banyak ibadah yang kita boleh lakukan, yang paling utamanya adalah SOLAT lima waktu. Doa juga satu ibadah. Kita berdoa dapat pahala. Doalah yang baik-baik, Insha Allah akan di makbulkan oleh Allah. Yang ini je hamba nak sher kan.. 

JAGA SOLAT TAU.. TAK MAU TINGGAL2 DAH PAS NI.. ^_^

Thursday, April 26, 2012

Ke UKM


Perpustakaan Tun Seri Lanang


Assalamualaikum w.b.t.

Perjalanan yg jauh dan pelbagai pengalaman yang di lalui. Bertolak dari Tanjong Malim dengan keadaan yang tergesa-gesa. Semua keperluan telah di bawa untuk ke perpustakaan UKM mencari bahan bagi kajian ilmiah ku. Bertolak selepas solat Zuhur. Ingatkan boleh sampai di UKM dengan cepat.. Rupa-rupanya banyak yg ditempuhi sebelum sampai. 

Pada Mulanya hajat nak menaiki bas ke KL dari kolej. Tetapi bas terlepas dan perlu tunggu satu jam selepas itu. Kemudiannya aku merancang menaiki komuter dari Tanjung Malim ke UKM terus.. mungkin lebih cepat sampai.. Akhirnya berjaya menaiki tren tetapi ketika di Segambut, tren telah memberi laluan kepada ETS dan kami terpaksa menunggu. Mata aku asyik melirik jam di paparan skrin handphone ku kerana takut terlewat.

Alhamdulillah selamat sampai terus ke UKM walaupun lambat sedikit... kiranya dalam pukul 5.30 sampai di stesen UKM. Aku mengambil bas dan sampai di Perpustakaan Tun Seri Lanang dalam pukul 5.45 petang. Wahhh.. lewat dah... aku pn mula kelam kabut.. pergi ke opac PTSL aku pening.. tak pandai nak guna.. aku try jer la.. nak cari tesis tapi tak jumpa.. nk masuk ikut mana pun aku tak tau mula-mula.. Aku seperti "rusa masuk kampung". BLURRR........

Aku mesej seseorang.. tanye akhirnya aku dapat panduan dan aku mula okay.. Alhamdulillah segalanya dalam normal tetapi masih kepeningan nk cari buku ni kat mana.. buku tu kat mana.. aku sentiasa bertanya pada nya.. aku dapat panduan.. Aku asyik ulang alik, tingkat 4, tingkat 5... aku ulang alik dalam 5-6 kali... sebab pening masa tu.. bila dah dapat panduan tu aku try search kat opac, dapat lah juga 1-2 buku tetapi aku bukan nak buku, tetapi aku nk tesis..  Tapi syukurlah ada daripada tiada langsung. Aku pun mula menulis dan ambil maklumat sedikit..

Azan Maghrib berkumandang, aku terus berkemas dan pergi ke surau.. Subhanallah.. bahagia bila masuk surau.. menunaikan solat.. wuduk yang menyegarkan kita.. nikmat.. selesai solat Maghrib aku mula terasa keyakinan meningkat.. aku mengambil keputusan untuk balik selepas solat. Aku berjalan sehingga di depan Canselori UKM dan aku menunggu bas di situ. Menunggu bas juga satu cabaran buat ku.. hampir satu jam setengah menunggu baru dpat bas. Tak apa.. mungkin ada hikmah disebaliknya yang Allah cuba untuk beritahu aku.. semasa menunggu bas, sempat aku mengalunkan beberapa surah pendek mengisi masa walaupun tarannum tak berapa elok.. huhuhu.. Ya memang besar Kuasa Allah.. semasa menunggu bas, tiba-tiba terlintas sebuah motosikal yang di naiki dua wanita. Dua-dua wanita itu ku kenal, dan yang menumpangnya amat ku kenal. Tersenyum sambi melambai tangan kepada ku.. YA ALLAH, adakah ini hikmah yang kau beri untuk aku melihat wajahnya walaupun sekilas lalu.. Terima Kasih YA ALLAH.. cukuplah satu senyuman yang penuh bermakna itu boleh mengubat segala penat lelah ku masa itu.

Aku terus menunggu dan akhirnya RAPID KL muncul untuk ku naiki ke KTM UKM. Sampai di stesen UKM, sempat membeli "tau fu fa" untuk mengisi perut yg berkeroncong.. Alhamdulillah, walaupun sikit, cukup mengenyangkan ku. Aku lihat jam dan ku bertanya kepada pakcik menjaga Stesen KTM UKM sempat atau tidak balik ke TM. Pak cik tersebut memberi jawapan negatif.. akhirnya aku membuat keputusan untuk overnight di Terminal Bersepadu Selatan TBS. Sekali lagi hatiku terdetik ada hikmah yang Allah tunjuk apa yang berlaku. HMmmm sesampai di TBS, aku mencari surau utk mengerjakan Solat Isya' yang tertangguh. Ya malam yang indah ku hayati.. sungguh indah ciptaan Allah.. malam yang sunyi, sepi tetapi membawa seribu ketenangan. Dilimpahi cahaya lampu idea yang dicetuskan oleh Allah dalam pemikiran manusia. Aku hanya mengisi masa dengan membaca artikel berkaitan akidah, artikel di dalam I Luv Islam .com. Sangat seronok membaca. Banyak yang aku perolehi, input yang aku dapat. Aku hanya mampu melelapkan mata 1 jam..kemudian aku terus terjaga sampai ke subuh. Indah, subuh yang dingin ku lihat diluar embun yang menitis di jalur-jalur daun, dihujung-hujung rumput. suasana yang sejuk tetapi menyegarkan.. Aku dirikan solat subuh di surau dan selesai solat aku terus mengorak langkah untuk balik.

TBS Waktu Malam


Ya Allah terima kasih, syukur Alhamdulillah, ENGKAU telah jaga diriku sepanjang malam, KAU telah menemaniku sepanjang malam. ENGKAU juga telah menjaga ku semasa perjalananku, seharian ku di sana, dan KAU juga telah memberi peluang yang berharga untuk ku walaupun sekejap. Ya Allah, KAU telah tunjukkan keindahan ciptaan Mu kepada ku.. Subhanallah.. aku sangat kagum dengan MU wahai Penciptaku..Wahai Tuhanku..

Kuharapkan perjalanan ini satu memori bagiku.. Insha Allah aku mungkin ke sana lagi kerana objektif aku utk bahan kajian ilmiah masih tidak tercapai.. ^_^

Sunday, April 22, 2012

Hati Berbicara Buat Dirimu

Ku simpan namanya di sudut hati, demi sebuah keredhoan

Assalamualaikum w.b.t

Bila hati berbicara, berbagai-bagai cerita yang akan dicoretkan. Bila hati berbicara juga, berbagai-bagai perasaan yang akan terluah... Kerana hati ini mempunyai banyak yang dipendam.. kerana hati ini juga banyak parut-parut luka. Ada pepatah yang mengatakan, "ikut hati mati, ikut rasa binasa".. kadang-kadang ikut hati ini dengan pemikiran dan akal yang betul, akan dapat keputusan yang baik. Insha Allah.

Berbicara mengenai hati, ini lah terjadi bila hatiku berbicara.. mengenai perasaan..

" Ya Allah... sesungguhnya aku mula mengerti.. aku mula memahami.. aku mula mengenali.. kenapakah ujian sebesar ini ditujukan kepada ku. Hmm... saat berganti minit, minit berganti jam, jam pula berganti hari, hari diganti pula dengan minggu.. hari-hari ini telah membuat aku semakin matang.. hari-hari ini membuat aku semakin dewasa.. Aku tidak pernah sesekali merasakan dan alami sebuah perasaan yang begitu luar biasa.. ya, amat luar biasa.. walhal aku pertama kali dalam "cinta" pun tidak pernah merasakan perasaan sehebat ini.. Subhanallah bertapa besarnya kekuasaan Allah mampu membibitkan rasa dan perasaan ini dalam diriku.

Saat ini juga aku mula mengerti apa itu sayang, apa itu cinta dan apa itu rindu sebenarnya. Perkataan yang indah, bukannya mudah dan murah dilafazkan serta dilemparkan begitu sahaja. hmmm amat bahagia jiwa dan raga kita jika sayang itu kerana Allah, jika cinta itu kerana Allah dan jika rindu itu kerana Allah. Sama-sama berjuang di dalam jalan Allah, sama-sama menegakkan agama Islam.

Inilah yang aku mulai rasa.. perasaan yang begitu hebat..perasaan yang luar biasa.. mungkin sesetengah orang pernah merasakannya, tetapi tidak semua yang dapat merasai nikmat Allah bagi ini. Alhamdulillah aku telah mulai rasa nikmat ini. InshaAllah.. aku doakan agar segala rasa ini selama-lamanya. 

Apa yang hatiku rasa, Sayang, Cinta  dan rindu ku ini  bukan semata-mata kerana hati, tetapi semata-mata kerana Allah. Semakin dirinya berubah, semakin dirinya mula memperbaiki diri, perasaan ini semakin menebal.. bukan semakin terhakis, bukan semakin menipis, saat berpisah kerana Allah, perasaan itu semakin menyerap ke dalam jiwa dan perasaan ku. Detik ini juga aku mula berfikir, rupa-rupanya aku mempunyai perasaan kepadanya bukan kerana hati, tetapi kerana Allah. Aku cintakan perubahan, aku sayang akan perubahan dan aku rindu akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Segalanya adalah perubahan yang berlaku padanya.

Ya Allah.. Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar.. semuanya tunduk kepadaMu ya Allah Pencipta aku. Bataskanlah hati dan perasaan ini supaya tidak melebihi aku mencintai, sayang dan rindu kepadaMU... aku juga sedar jika semuanya kerana Allah, kebahagian amat-amat terasa dalam kehidupan.

Ya Allah.. jagalah mulutku daripada melafazkan kata-kata sayang, rindu dan cinta ini kepadanya. Kerana aku tahu ini bukan lah masanya. Biar aku simpankan segala-gala kata ini sehingga waktunya. Andainya dirinya menjadi tulang rusuk kiri ku, teman sehidup ku, teman di kala duka, di kala sunyi, di kala senang, dikala gembira..serikanlah bibirku dan tutur bicaraku untuk melafazkan kepadanya.. Andai dirinya bukan untuk ku, kau pertemukanlah dengannya yang lebih baik segala-galanya..."



Friday, April 20, 2012

Kuffi Jawi Kaligrafi

Kuffi Jawi ku..

Assalamualaikum w.b.t

Mesti peningkan memikirkan ape bende gambar tu.. kalau pandai baca jawi mesti dapat tahu apa yang aku tulis.. ^_^. Ini lah kuffi jawi. Benda yang baru aku belajar. Payah jugak lah nak buatkan benda ni, ambil mase lame gak. Aku pun tak sangka pertama kali aku buat terus menjadi. Cuma perlu touch up lagi la sebab baru beginner kan.

Cita-citanye nak buat bisnes la bnda ni kan. Mana la tahu ada rezeki yang Allah beri. Harap mendapat sambutan. Ramai lagi yang tak tahu seni kaligrafi kuffi ni. Biase yang kite tengok hanyalah tulisan khat yang ditulis menggunakan tangan, tetapi yang ini dibuat daripada komputer (digital) hihihi. Alhamdulillah.. aku berjaya membuat benda ini sebagai satu hobi yang menarik.

Cara nak baca kuffi ni senang jer.. Mulakan dari bawah kanan, ke kiri, naik ke atas kiri, ke kanan kemudian ke tengah petak. Harap faham ye..  Bagi pandangan aku, bende ni sesuai untuk diletakkan sebagai muka depan buku, muka depan album, mungkin juga boleh dibuat perhiasan dinding untuk printing yang besar dan juga boleh buat untuk design kad kahwin. (letak nama pasangan.. kan cantik..) 

Akhir sekali, siapa yang nak tempah bende ni boleh jer.. hehehehe.. saya buatkan.. Harga nye hmm nanti kita bincang.. Berpatutan jer. Kalo print sekali mungkin naik sikit la, sebab nak tanggung kos print gak kan.. kalo nak soft copy gambar jer boleh.. :) 


Thursday, April 19, 2012

Jika Dia, Andai Dia

Ya Allah...
Engkau Yang Maha Kuasa,
Menguasai segala isi langit dan bumi,
Hati ini Engkaulah Penciptanya,
Perasaan ini juga Engkaulah Penciptanya,
Engkau berhak mengambil hati ini,
dan,
Engkau juga berhak menarik perasaan ini,
Aku tidak mampu melawan kekuasaanmu,
kerana,
Aku hanyalah hambaMu yang tidak punyai apa-apa,
HambaMu yang tidak berkuasa,
Hambamu yang hina lagi berdosa.

Ya Allah...
Engkau yang merencanakan segala pertemuan,
Engkau juga merencanakan segala perpisahan,
perpisahan ini keranaMu,
ku harapkan juga pertemuan suatu hari kelak keranaMu,

Ya Allah..
Jika dia masih mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana Islam ku,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Mengharapkan cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah..
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Jika kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak azzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-Mu
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar kami dapat menjaga hubungan kami dengan Mu,
Agar hati menjadi yang diredhai Illahi.

Ya Allah..
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Andai dia bukan milikku,
Ku minta,
berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
buat keluarganya,
buat anak-anaknya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
berikanlah dia insan yang benar-benar mampu membimbingnya,
andai ini berlaku sudah cukup membahagiakan ku,
andai ini berlaku sudah cukup menggembirakan ku,
melihat dia mampu untuk menjejaki ke syurga-Mu,
dan,
bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu
yang hakiki dan selamanya disisi-MU....

~amiin~

Gambar Hiasan

Wednesday, April 18, 2012

Nun Jauh Hasrat di Hati..

Bismillahirahmannirahim...

Setiap insan mempunyai sesuatu yang terbuku di dalam hati.. Kadang-kadang ianya dapat diluahkan dan di laksanakan.. ada yang dapat diluahkan tetapi belum dapat dilaksanakan.. ada yang telah diluahkan dan telah dilaksanakan.. Menanam sesuatu hasrat boleh membangkitkan motivasi diri kita.. sama juga dengan cita-cita.. cita-cita adalah pemangkin semangat dalam diri kita supaya untuk lebih berusaha ke arah itu dan tidak lupa  juga kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Hasrat yang manusia simpan banyak. Ada yang berhasrat untuk membeli sesuatu, ada yang berhasarat hendak pergi ke sesuatu tempat, ada yang berhasrat nak mendapatkan jodoh/kahwin... memang tidak dinafikan hasrat itu banyak, biarlah hasrat itu adalah hasrat ke arah kebaikan yang tidak menyimpang jauh daripada Islam, yang tidak membelakangi Allah S.W.T. Jika hasrat kita baik, InshaAllah dengan izin Allah Maha Kuasa sudah pastinya hasrat itu akan tercapai. Lambat dan cepat itu adalah biasa, kita di uji, kita di cuba sama ada bersabar apabila lambat untuk mendapat hasrat itu, dan kita juga di uji bersyukur atau tidak kita kepadaNya setelah hasrat yang dihajati cepat tercapai. Tanyalah pada diri anda, anda yang bagaimana??

Kembali kepadaku, hasrat di hati jauh hendak pergi ke sebuah tempat yang indah, yang tenang, yang bercahaya, yang baik semuanya iaitu Makkah Al Mukaramah. Ingin membawa keluarga ke Makkah untuk menunaikan Haji dan Umrah.. Untuk beribadat kepadaNya. Ku berdoa akan dipermudahkan segalanya urusan ini bila sampai masa nyakelak. Hasrat ini ku tanam dalam hatiku sebelum aku menjejak kaki ke universiti. Semoga keluarnya aku menjadi seorang graduan universiti lebih memudahkan aku untuk menyimpan dan melaksanakan hasrat ini. Aku ingin melihat Baitullah itu di hadapan ku.. Betapa indahnya Baitullah. Ramai saudara sesama Islam aku kelak beratur masing-masing untuk beribadah kepada Allah. Aku ingin melihat Kota Makkah yang indah bercahaya.. Semoga hasrat ku ini akan tercapai untuk pergi bersama keluarga dan insan yang ku tunggu.
Subhanallah.. Indahnya..


Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya bagiku .. amiin..
Azuandi1825. Powered by Blogger.