Wajahku yang pada mulanya senyum melihat gelagat rakan di laman sosial terus berubah merah kepadaman..
Menahan satu rasa yang aku tidak mampu untuk menahan sebenarnya...
Keegoanku menjadikan emosi tersebut ku atasi ku pendam..
Emel ku baca ku belek satu persatu..
Tanpa kusedari mata aku seperti kaca yang berkilau..
Dikelopak mata ku tidak mampu menahan muatan air..
Permata berkilau telah menuruni mengikuti lirikan mata ku..
Terasa hangat pipi ku bila air mataku melaluinya..
Jari aku semakin ligat menekan punat tetikus..
Emel ku belek satu persatu mencari kebenaran..
Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu bagaimana perasaanku..
Aku mengucap, aku beristighfar menenangkan diri..
Lantas ku ringankan anggota badan ku menuju ke bilik air..
Ku tadah kedua tanganku mencedok air bersih lantas ku basuh kedua pergelangan tanganku..
Ku sempurnakan wudu' ku sehingga tertib..
Tikar sembahyang yang usang ku bentangkan di depan ku..
Arah kiblat ku menghadap menahan emosi di dalam jiwa aku ketika itu.
Solat sunat dua rakaat ku dirikan
Rasa marah.. rasa kecewa.. dan rasa bersalah menyelubungi hati ku..
Ku gagahkan jiwa ku..
Ku niatkan di dalam hatiku..
Lantas jiwa ku semakin tenang, ku gagahkan tanganku mengangkat takbiratul Ihram..
Jiwa yang bergelojak terus menjadi tenang dengan lafaz kalimah " Allahuakhbar"..
Begitu besar nikmat Allah yang diberikan kepada kita..
Salam ku berikan pada malaikat disebelah kanan dan kiriku..
Kesejahteraan doa yang aku pinta padaNya..
Ketenangan doa yang aku rayu padaNya..
Keredhaan doa yang aku rintih padaNya..
Kebahgiaan doa yang aku tangisi padaNya..
Air mata hangat mencurah tanpa kusedari..
Aku melangkah keluar ke jendela beranda..
Ku lihat bukit yang tersergam di hujung sana..
Ku lihat sungai yang deras mengalir di pingir sana..
Ku mula berfikir..
Kenapa aku tidak perlu tahu perkara tersebut..
Kenapa aku tidak diberitahu..
Hati yang tenang mula melafazkan doa kepada Nya.
Semoga sihat selalu hendaknya..
Semoga yang sakit sembuh sedia kala..
Ku sambung doaku,
Segala kesakitan yang di tanggung pindahlah kepadaku..
Agar aku lebih menghargai orang lain..
Aku tidak ingin melihat orang lain menderita..
Aku rela tukarkan nyawaku jika itu mampu aku buat..
Ku tenangkan hati dan perasaanku..
Ku yakin kan jiwa ku..
Ku berprasangka baik pada Allah..
Allah akan membantu dan melindungi..
Insha Allah.. Ar- Rahman , Ar-Rahim.
Doa sahaja ku mampu kirimkan..
Doa sahaja ku mampu berikan..
Doa sahaja yang ku mampu..
.......
" Aduka!!", jerit Sahul yang memecahkan kawanan sunyi.
Lantas Aduka yang bermain dengan perasaan bingkas bangun sambil menyapu mukanya dengan telapak tangan. Aduka terus membuka pintu dan melontarkan senyuman kepada Sahul. Aduka menyembunyikan perasaannya dengan wajah senyuman ala-ala Vandeta, namun disebalik senyuman itu hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.
insan serba kekurangan,


0 comments:
Post a Comment