Tuesday, May 1, 2012

Baitul Muslim Impianku


Pagi yang sejuk dan dingin, di sebuah rumah yang di huni oleh beberapa orang ahli keluarga mula bangkit dari tidur bagi memulakan kehidupan seharian. Dalam rumah itu, sepasang pasangan turut menghuni salah seorang daripada pasangan tersebut adalah ahli keluarga penghuni  rumah tersebut. Si Lelaki telah bangkit awal dari jaganya bagi mempersiapkan apa yang sepatutnya. Si Lelaki naik ke tingkat atas untuk mengejutkan Si Wanita.

Si Lelaki  : Sayang, (mendekatkan bibirnya ke cuping telinga si wanita) bangunlah wahai sayangku.

Si Wanita : hurmmm (memalingkan badan ke arah lain)

Si Lelaki  : Sayang, (memegang sambil mengusap kepala si wanita) bangunlah wahai sayangku. Bangkitlah dari tidurmu (lelaki dengan suara yang perlahan

Si Wanita : Baik sayang (ujar si wanita sambil memejamkan mata)

Si Lelaki  : Bukalah matamu sayang. (sambil mengusap dan memberi kucupan sayang pada dahi si wanita) Bukalah matamu, senyumlah padaku. 

Si Wanita  : hurmm baik sayang.. =) (sambil tersenyum)

Si Lelaki  : Sayang Uhibbuki Fillah. Bangkitlah kita sama mengejarkan kewajipan kita, bangkitlah kita sama-sama menegakkan agama Allah, bangkitlah kita sama-sama menuju ke SyurgaNya. bangkitlah kita sama-sama seiringan berjalan di atas landasan Nya. Aku ingin sayang menjadi teman bagiku di Syurga nanti. Aku ingin wajah ini yang menemaniku selama-lamanya. Marilah kita kukuhkan keimanan kita untuk ke arah itu (si lelaki memegang erat tangan si wanita dan menarik dengan penuh kasih sayang bangkit dari katil.)

Si Wanita  : Sayang, terima kasih kerana menyayangiku kerana Allah. (titisan permata berkilau mula jatuh dari mata) Aku juga ingin menemani mu selama-lamanya. Akan ku taat kepadamu dan juga Allah.

Si Lelaki   : Uhibbuki Fillah, uhibbuki fillah. uhibbuki fillah.(sambil menyapu permata yang menitis di pipi si wanita dan memeluk erat tubuh si wanita yang kecil sedikit daripada si lelaki) Janganlah buang permata ini, kerana aku tidak sanggup melihat permata yang mahal harganya jatuh sebegini rupa. Senyumlah.. :)

Kedua-duanya pun menunaikan Solat Subuh berjemaah  bersama ahli keluarga lain yang di imamkan oleh Si Lelaki. Si Lelaki adalah si suami kepada si wanita ^_^

## Indahnya Baitul Muslim. Saling mengingati mengenai kewajipan sebagai hamba. Saling berkongsi kasih sayang dengan sempurna. Baitul Muslim, jagalah dengan keimanan bukan di jaga dengan amarah dan keegoan yang menebal. Baitul Muslim, hiasilah dengan amal dan ibadah bukan dengan maksiat dan fitnah.

Dalam perbualan yang saya tunjukkan tadi menampakkan betapa sabarnya si suami itu perlu dalam membimbing dan mendidik si zaujah. Dengan kesabaran dengan senyuman dengan kasih sayang mampu melembutkan si zaujah dan mampu membimbing si zaujah dengan baik. Inilah peranan si suami yang diperlukan sebagai pelindung, sebagai pembimbing kerana si zaujah hatinya terlalu lembut sehingga boleh terlupa dan alpa semula. Si suamilah yang memandu si zaujah ini. Biarlah dengan kelembutan, kesabaran, kasih sayang, bukan dengan kekerasan, cacian, makian. (aku paling tidak suka bila melihat kekerasan, cacian, makian di gunakan) Lelaki diberi sifat kasih sayang yang tinggi dan sifat menghargai yang begitu mendalam, tetapi keegoan membuat sifat ini tenggelam dalam diri mereka sebenar.

Ingatlah si isteri! jika si suami membuat kebaikan, isteri dapat ganjarannya juga. tetapi si isteri membuat dosa, si suami juga menanggungnya, dan si isteri membuat kebaikan hanya si isteri sahaja yang mendapat pahalanya. Betapa besarnya tanggungjawab si suami, dan apabila tiba masa untuk meniti di titian Sirat pada hari pembalasan, jika si suami lambat dan sukar untuk menyeberangi  titian sirat tersebut, si isteri akan membahagikan sedikit pahala kebaikannya kepada si suami bagi melintasi titian sirat itu dengan lebih mudah. Ya Allah bahagianya Baitul Muslim yang Engkau unjurkan dalam agama Islam!! Saling memerlukan, saling menolong sehingga hari pembalasan masih lagi saling memerlukan dan saling menolong.

Buat si suami, janganlah.. janganlah sesekali melakukan berdasarkan sifat amarah dan ego yang tinggi. Buat si isteri, lembutkanlah hati si suami dengan kata-katamu dan keprihatinmu kepada mereka. Insha Allah Baitul Muslim yang dibina akan diberkati dan direstui Allah dunia dan akhirat.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan, bagi yang perancangan membina Baitul Muslim, cubalah tanamkan diri anda untuk melakukan Solat Sunat Nikah. Sebelum akad nikah dan selepas akad nikah. Sebaik-baiknya berjemaah dengan isteri meminta keberkatan rumah tangga dan kebahagiaan rumah tangga. Harap di amalkan ye. Saya pun mengimpikan keadaan ini juga yang tidak pernah saya fikirkan. Betapa indahnya semuanya kerana Allah Taala.

** Aku ingin menjadi seperti Si Lelaki tersebut. =) 

                                        
                                          insan serba kekurangan,



0 comments:

Post a Comment

Azuandi1825. Powered by Blogger.