Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab






BULAN REJAB

Jamadilakhir akan meninggalkan kita, di sambut dengan bulan Rejab yang banyak peristiwa di dalamnya. Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan Istighfar. Israk Mikraj merupakan peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rejab. Pada masa itulah juga solat 5 waktu di fardhukan ke atas umat Islam.

Imam Syafie Rahimahullah berkata,
"ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab"

Apa tunggu lagi rakan-rakan, sahabat, marilah kita perbanyakkan doa, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.

_______________________________
Allah SWT amat sayang dan cinta pada hambaNya. Sehinggakan Dia memberi beberapa malam dan waktu yang begitu besar nikmatnya jika kita mencari dengan keredhaan Allah SWT.

Malam 1 Rejab, jika sebelum ini kita anggap ianya satu malam biasa, buanglah jauh-jauh persepsi yang menyesatkan itu, sesungguhnya malam 1 Rejab adalah malam yang bermakna buat hamba-hambanNya untuk beribadat kepada Allah SWT.

Berdoalah banyak-banyak pada malam ini agar mendapat keampunan daripada Allah SWT. Begitu juga pesanan aku kepada diriku sendiri.. selagi ada ruang, ada waktu, ada kesempatan carilah segala-galanya bekalan dalam diri kita untuk menghadap Allah SWT pada Hari Pembalasan kelak.

Semoga bulan Rejab ini membawa kita kepada lebih kebaikan, yang akan disusuli bulan Sy'ban sebelum disambut bulan yang mulia Ramadhan al-Muubarakk.

________________
sama-sama perbanyakkan amal kita.. perbanyakkan ibadah kita.. 
JOM!! CARI BEKALAN UNTUK KELAK..


















Saturday, May 19, 2012

MUSLIMAH


Muslimah - Nazrey Johani (Raihan)
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati



Sunday, May 13, 2012

Karipap Kebahagiaan


Setiap kebahagiaan baik dalam rumah tangga atau dalam perhubungan seharian dengan ibu bapa dan keluarga adalah terletak pada tangan kita untuk menconteng coraknya. Kebahagiaan adalah impian setiap insan yang bergelar hamba Allah. Salah satu kebahagiaan yang kekal abadi dan selamanya adalah jika kita mengenali pencipta dan mewujudkan perasaan cinta, sayang kepada Nya. Nescaya apa yang bergelar kebahagiaan pasti akan terasa, kerana kebahagiaan adalah kaetenangan, kegembiraan dan membawa kepada kebaikan.

Suami : Sayang, abang nak pegi keja dah ni.. Sayang siapkan breakfeast untuk abang ye? (sambil mencubit pipi si isteri)

Isteri : Abang.. sakitla.. karang tak pasal-pasal pipi ayang ni kembang. Dahlah kulit ayang ni sensitif, kene sikit mesti nak bengkak. (si isteri dengan muka muncung memandang pada  si suami)

Suami : Ala... sayang abang ni.. meh sini abang tiup kan bagi tak sakit lagi.. Bismilahirrahmannirrahim.. fuhh~~. tak sakit lagi kan.. senyum sikit...

Si suami terus mengusap pipi isterinya dengan penuh kasih sayang. Si isteri tersenyum melihat gelagat suaminya.

Isteri : Abang, ayang sayang abang sangat-sangat.. ayang sayang abang kerana Allah.

Suami : Abang pun sayang sayang sangat-sangat.. Abang sayang sayang kerana Allah jugak. Abang harap kehidupan kita di hiasi dengan kehidupan Islam. Abang ingin bersama sayang sampai ke Syurga. 

Suaminya terus terseyum dan si isteri mula menitiskan air mata.

Suami : Sayang, janganlah menangis.. Abang tak nak lihat sayang menangis. Kalau sayang menangis macam abang ni tak dapat nak gembirakan kehidupan sayang.

Isteri : Abang.. maafkan sayang.. sayang menangis bukan kerana sayang tak gembira, tetapi sayang tak sangka abang sangat-sangat menjaga diri sayang. Sejak dari sekolah abang selalu ambil berat terhadap sayang, makan minum sayang, kebajikan sayang, semua abang ambil tahu. Sayang tak tahu nak cakap macam mana, sayang terharu kerana ada insan yang menghargai sayang sebegini rupa.. Terima Kasih Abang.. Uhibbuka Fillah..

Suami terus memeluk dan mengucup dahi isterinya yang hatinya dibanjiri dengan air mata.

Suami : Dah lah sayang.. jangan menangis. Sayang tahu kenapa abang jaga sayang elok-elok dari sekolah. Sebab abang memang benar-benar nak sayang menjadi peneman hidup abang. Abang tak berhenti berdoa pada Allah minta kita di jodohkan. Abang ingin membimbing sayang.. abang nak sayang masuk syurga dan di redhai Allah. Sebab itu abang jaga sayang baik-baik. Memang abang akui abang juga tak pernah lari dari kesilapan, tapi kesilapan itu abang mula sesali dan kembali kepada Allah bagi mendidik isteri abang ini dan keluarga abang sendiri.

Suami mula memberi senyuman bagi menenangan isterinya.

Isteri : Abang, semoga kehidupan kita diberkati Allah SWT. Sayang nak abang masuk ke syurga bersama-sama. 

Suami : Alhamdulillah.. Insha Allah sayang, kita perbanyakkan amal kita.. kita perkukuhkan iman kita.. Abang nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat sayang.. sebab masih sanggup untuk tunggu abang sementara abang nak masuk meminang dulu. Akhirnya wajah yang bulat, mata yg agak redup dan kecil, bibir yang merah, pipi yang tembam dan berkaca mata ini menjadi zaujah abang. Abang bersyukur tak terhingga dikurniakan zaujah yang kuat dan tabah seperti sayang.

Isteri : Abang ni.. nakal la.. tak nak tembam.. huh!!

Isteri mengerut mukanya kepada si suami.

Suami : sayang ni, dari dulu lagi tak nak abang panggil tembam.. dah memang tembam abang nak panggil ape.. hihiih kiut tau... 

Suami terus mengusik si isteri..

Isteri : tak mo.. tak mo.. (si isteri "mengobek" si suami)

Suami : :p ayang x ngaku.. meh sini abang nak cakap sikit.. dekat lagi...

Si suami ters mengucup pipi isterinya..

Suami : kalo tembam,kan senang abang nk kucup.. huhuhu..

Isteri pun tergelak dengan karenah suaminya. Suami yang perlbagai karenah dalam menyerikan rumah tangga si isteri. Suami ini juga kadang-jadi pelawak, suami ni kadang-kadang jadi chef, suami ni kadang-kadang jadi imam dan ustaz.. dan banyak lagi.

Isteri : abang, sayang ade buat kuih yang abang suka..

Suami : hmmm karipap ke sayang?

Isteri : Yeee!!! abang suka tak..

Suami : sangat suka lah sayang. Abang kan peminat setia karipap.

Isteri : memang pun...

Suami : Meh sini abang rasa.. hurmmm sedapnyer.. pandai sayang abang ni buat karipap kan.. abang nak habiskan 5 biji sebelum pg keja.. satu lagi, abang nk bekalkan sikit nak bawak kat sekolah, kalo abang rindu sayang kat sekolah, abang makan karipap ni.. huhuhu..

Isteri : Abang ni, macam-macam la.. huhuuh kejap ye, ayang bungkuskan.

Suami : Sayang, tunggu abang balik keja k? malam ni jangan lupa, kita nak solat jemaah tau.

Isteri : Ok abang! I Love You 1,2,3,4,5.. hehehe

Suami : I Love u beribu2.. he3

Isteri : banyaknya... jangan nak memandai-mandai nanti..

Suami : huhuhu tak de la.. ini lah saja isteri abang dunia akhirat. Ingat, jaga diri baik-baik, jaga aurat, jaga pergaulan.. jaga hubungan dengan Allah, kalo abang takde, jangan lupe solat sendiri, jangan lupe bangun qiamulail, jangan lupe ape yang abang ajar mengaji Al-Quran.. Ingat tau.. baby kat dalam ni, jaga elok-elok kalo abang tak de.. didik lah jadi seorang yang soleh/solehah.. sampaikan salam abang pada anak abang ni..

Isteri : abang, knape abang cakap macam tu.. tak sayang ayang lagi ker.. janganlah tinggal sayang..

Suami : kita tak tahu sayang, segala apa yang akan terjadi.. Sayang jangan nangis-nangis tau kalo abang tak de.. meh sini karipap tu.. sedap karipap ni nak bawak kat sekolah.. Give me hug and kiss sayang..

Isteri terus memeluk suaminya dengan air mata yang tidak henti2 mengalir dengan kata-kata suaminya. Isteri terus mencium tangan suaminya dan menghantar ke pintu kereta.

Suami : Abang pergi dulu, jaga diri baik-baik.. Assalamualaikum.

Isteri : Waalaikumusalam.

______

Kebahagian memang akan dirasai kiranya dalam landasan yang betul dalam cara yang betul. Sungguh bahagia kiranya rumah tangga dihiasi dengan cara Allah. dihiasi dengan Islam yang di amalkan bukan pada namanya sahaja. 

insan serba kekurangan,

Friday, May 11, 2012

Kekurangan Diri

Alhamdulillah..

Penghulu segala hari yang tersimpan seribu rahsia dan keberkatan dalamnya iaitu Jumaat bersua kembali kita pada minggu ini. Dalam keadaan yang semakin baik, dalam keadaan diri yang mula berubah dari hari ke hari, minggu ke minggu dan dalam usaha memperkuatkan segala yang lemah supaya menjadi lebih kukuh dan tegap dalam diri.

Aku sememangnya bukan seorang yg baik. Mungkin di mata sesetengah orang aku adalah jahat. Kadang-kadang usaha menjadi yang baik juga boleh di katakan jahat. Itu pandangan manusia, hanya pandangan hamba Allah yang sama seperti kita. Yang tidak tumpah dengan kita. Hanya Allah SWT yang tahu niat kita bagaimana, usaha kita bagaimana. Jika melakukan kebaikan, usahlah ditunjuk-tunjuk dan berkata ikhlas, kerana ia ibarat kita hanya hendak mendapatkan sokongan ramai. Cukuplah melakukan sesuatu kebaikan dengan merahsiakan identiti kalau boleh, dan hanya berniat ikhlas dalam hati. Aku jahat, tapi ingin menjadi seorang yang baik seperti orang-orang lain.. Aku jahat, tapi ingin kembali untuk menjadi seorang hambaNya yang penuh dengan kebaikan dalam kehidupan.

Kesetiaan, sering di kaitkan dengan perasaan dan hati. Setia, ya aku akui aku seorang yang setia. Aku sedia menanti walaupun berapa lama sekali pun. Begitu juga aku setia dengan Allah Yang Maha Esa, sejak dari kecilku sehingga selamanya. Aku hanya akan berdoa pada Allah kesetian pada perasaan ku terus teguh. Aku setia kerana aku serius. Yang pertama kali aku serius, aku akan terus setia. Yang pertama kali aku rasa sesuai, aku akan terus setia.

_____________________

Tetapi,
dalam diriku masih ada kekurangan.. kesetiaan, kebaikan dan segalanya hanya seperti debu jika tanpa ini. KEIMANAN.. Tanpa ini segalanya seperti debu yang ditiup terbang~~ terbang~~...

Aku akan mula mencari keimanan dalam diriku, aku mula mencari ilmu yg aku pelajari tetapi aku tidak mempraktikkan. Ini masanya aku mula mendekatiNya. Ini juga masanya aku bermuhasabah diri mengenai kekurangan aku ini.

Aku adalah pemimpin. Aku adalah pembimbing. Aku perlu kuatkan segalanya, bukannya mempamerkan kelemahan. Adakah pemimpin dan pembimbing akan di pandang jika mempamerkan kelemahan?? Inilah yang aku perlu perbaiki.. Sabar adalah prinsip dalam hidup ku.. percaya adalah pegangan dalam hidupku.. 

Aku adalah pembimbing, bukannya di bimbing.. aku adalah pemimpin bukannya di pimpin.. Aku adalah kaum Adam, yang perlu melindungi kaum Hawa yang dijadikan melalui rusuk kaum Adam oleh Allah SWT. Jika rusuknya patah, pasti cebisan rusuk mampuk menusuh jantung dan organ penting. Perlulah aku sebagai kaum Adam utk melindungi rusuk tersebut cedera mahupun patah.

Ya, Insha Allah, aku berdiam diri bukannya aku membenci, tetapi aku ingin mengumpul kemaafan dalam diri, aku hilang bukan melarikan diri tetapi aku mengutip kekuatan untuk bertemu lagi.

semoga kekurangan diri kelak ditampung oleh insan bergelar suami/isteri

insan serba kekurangan,



Gadis Impianku

Setiap pasangan yang membina baitul muslim, pasti akan menghadapi banyak cabaran lagi selepas itu. Baitul muslim adalah menjadi kebanyakkan impian remaja pada masa kini, sehingga ada yang lupa apa perlu mereka baiki sebelum melangkah sejauh itu.

Alangkah indahnya aku dapat membina baitul muslim dengan gadis impian aku. Tapi, ianya terletak pada kehendak Allah, aku hanya mampu utk berusaha.

Aku menyimpan sejuta impian dalam fikiran ku. Salah satunya adalah, mengimamkan setiap solat yang didirikan bersama gadis impian aku. Alangkah indahnya, yang dibelakang aku sebagai makmum adalah gadis tersebut, yang sentiasa mengaminkan bacaan Al-Fatihah aku, yang sentiasa mengaminkan doa yang ku panjat kan pada Allah SWT.

Menjadi lebih indah apabila aku mengejutkan gadis tersebut utk bingkas bangun dari tidur bagi menjalankan qiamulail. Akan ku jadikan qiamulail amalam harian kami. Menjadi lebih nikmat perkahwinan kami kiranya gadis tersebut, mengikut setiap bacaan ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh ku. Ya, akan ku tegur setiap bacaan mu jika terdapat kesalahannya.

Aku ingin mendidik mu sebagai seorang hamba Allah yang taat dan bertaqwa.. Aku ingin mendidik mu sebagai seorang isteri yg dihormati akhirat kelak.. Aku juga ingin mendidik dirimu sebagai anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua mu..  Aku ingin melihat dirimu, ditempatkan di Syurga Allah SWT..


Mendidik Isteri adalah tanggungjawab Suami
insan serba kekurangan,


Aku dan Qiamullail

Assalamualaikum wbt..

Lama rsnya tak menjengok blog ni.. ya tetiba je pg ni trdetik nk mnulis sesuatu.. Alhamdulillah, Jumaat kali ini, aku masih diberi nikmat drpd Allah SWT utk menghirup udara di bumiNya ini, di dunia Nya ini. Pagi ini juga, ak dberi kekuatan utk bangkit dr tidur, menghadapnya dengan penuh tenang dan sayu.

Banyak yg aku terlepas.. banyak yg aku abaikan sebelum ini.. Allah SWT masih sayangkan aku.. Masih menurunkan hidayah kepadaku untuk kembali kepadaNya. Aku manusia, yg khilaf sentiasa melakukan kesilapan. Ya Allah, betapa khilaf dan hinanya hambaMu ini ya Allah..

Aku mendirikan beberapa solat sunat.. dalam setiap solat, hati aku mula merintih, mula membentak kerana dosa yang aku lakukan sebelum ini terlalu banyak.. Selesai solat, aku terus membaca tafsir Kalam MU ya Allah.. betapa indahnya makna disebalik ayat suci Al-Quran.. sehinggakan aku mula tidak dapat menahan kelopak mata yg mula penuh.. akhirnya, air mata hamba Mu mengalir.. Aku mengalunkan beberapa ayat, tetapi, tidak mampu kerana air mata ku mengalir terus.. Aku tutup kitab suci Al-Quran.. aku usap kitab tersebut.. ya Allah, apakah dosa aku di ampunkan?? apakah ini dikatakan nikmat bersama Mu ya Allah.. Aku bersyukur ya Allah.. 

Banyak nya kekurangan pada ku ya Allah.. banyaknya yg perlu aku perbaiki ya Allah..


Qiamullail menjadikan kita dekat padaNYA

                                     insan serba kekurangan,



Wednesday, May 2, 2012

Cerpen : Kembara Hamba Mencari Keredhaan (Part 1)

Novel "Detik Debar" terus ku lepaskan dari tanganku..
Wajahku yang pada mulanya senyum melihat gelagat rakan di laman sosial terus berubah merah kepadaman..
Menahan satu rasa yang aku tidak mampu untuk menahan sebenarnya...
Keegoanku menjadikan emosi tersebut ku atasi ku pendam..
Emel ku baca ku belek satu persatu..
Tanpa kusedari mata aku seperti kaca yang berkilau..
Dikelopak mata ku tidak mampu menahan muatan air..
Permata berkilau telah menuruni mengikuti lirikan mata ku..
Terasa hangat pipi ku bila air mataku melaluinya..
Jari aku semakin ligat menekan punat tetikus..
Emel ku belek satu persatu mencari kebenaran..

Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu bagaimana perasaanku..
Aku mengucap, aku beristighfar menenangkan diri..
Lantas ku ringankan anggota badan ku menuju ke bilik air..
Ku tadah kedua tanganku mencedok air bersih lantas ku basuh kedua pergelangan tanganku..
Ku sempurnakan wudu' ku sehingga tertib..
Tikar sembahyang yang usang ku bentangkan di depan ku..
Arah kiblat ku menghadap menahan emosi di dalam jiwa aku ketika itu.
Solat sunat dua rakaat ku dirikan
Rasa marah.. rasa kecewa.. dan rasa bersalah menyelubungi hati ku..
Ku gagahkan jiwa ku..
Ku niatkan di dalam hatiku..
Lantas jiwa ku semakin tenang, ku gagahkan tanganku mengangkat takbiratul Ihram..
Jiwa yang bergelojak terus menjadi tenang dengan lafaz kalimah " Allahuakhbar"..
Begitu besar nikmat Allah yang diberikan kepada kita..
Salam ku berikan pada malaikat disebelah kanan dan kiriku..

Kesejahteraan doa yang aku pinta padaNya..
Ketenangan doa yang aku rayu padaNya..
Keredhaan doa yang aku rintih padaNya..
Kebahgiaan doa yang aku tangisi padaNya..
Air mata hangat mencurah tanpa kusedari..
Aku melangkah keluar ke jendela beranda..
Ku lihat bukit yang tersergam di hujung sana..
Ku lihat sungai yang deras mengalir di pingir sana..
Ku mula berfikir..
Kenapa aku tidak perlu tahu perkara tersebut..
Kenapa aku tidak diberitahu..
Hati yang tenang mula melafazkan doa kepada Nya.
Semoga sihat selalu hendaknya..
Semoga yang sakit sembuh sedia kala..
Ku sambung doaku,
Segala kesakitan yang di tanggung pindahlah kepadaku..
Agar aku lebih menghargai orang lain..
Aku tidak ingin melihat orang lain menderita..
Aku rela tukarkan nyawaku jika itu mampu aku buat..

Ku tenangkan hati dan perasaanku..
Ku yakin kan jiwa ku..
Ku berprasangka baik pada Allah..
Allah akan membantu dan melindungi..
Insha Allah.. Ar- Rahman , Ar-Rahim.
Doa sahaja ku mampu kirimkan..
Doa sahaja ku mampu berikan..
Doa sahaja yang ku mampu..
.......

" Aduka!!", jerit Sahul yang memecahkan kawanan sunyi.

Lantas Aduka yang bermain dengan perasaan bingkas bangun sambil menyapu mukanya dengan telapak tangan. Aduka terus membuka pintu dan melontarkan senyuman kepada Sahul. Aduka menyembunyikan  perasaannya dengan wajah senyuman ala-ala Vandeta, namun disebalik senyuman itu hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.

     insan serba kekurangan,

Tuesday, May 1, 2012

Baitul Muslim Impianku


Pagi yang sejuk dan dingin, di sebuah rumah yang di huni oleh beberapa orang ahli keluarga mula bangkit dari tidur bagi memulakan kehidupan seharian. Dalam rumah itu, sepasang pasangan turut menghuni salah seorang daripada pasangan tersebut adalah ahli keluarga penghuni  rumah tersebut. Si Lelaki telah bangkit awal dari jaganya bagi mempersiapkan apa yang sepatutnya. Si Lelaki naik ke tingkat atas untuk mengejutkan Si Wanita.

Si Lelaki  : Sayang, (mendekatkan bibirnya ke cuping telinga si wanita) bangunlah wahai sayangku.

Si Wanita : hurmmm (memalingkan badan ke arah lain)

Si Lelaki  : Sayang, (memegang sambil mengusap kepala si wanita) bangunlah wahai sayangku. Bangkitlah dari tidurmu (lelaki dengan suara yang perlahan

Si Wanita : Baik sayang (ujar si wanita sambil memejamkan mata)

Si Lelaki  : Bukalah matamu sayang. (sambil mengusap dan memberi kucupan sayang pada dahi si wanita) Bukalah matamu, senyumlah padaku. 

Si Wanita  : hurmm baik sayang.. =) (sambil tersenyum)

Si Lelaki  : Sayang Uhibbuki Fillah. Bangkitlah kita sama mengejarkan kewajipan kita, bangkitlah kita sama-sama menegakkan agama Allah, bangkitlah kita sama-sama menuju ke SyurgaNya. bangkitlah kita sama-sama seiringan berjalan di atas landasan Nya. Aku ingin sayang menjadi teman bagiku di Syurga nanti. Aku ingin wajah ini yang menemaniku selama-lamanya. Marilah kita kukuhkan keimanan kita untuk ke arah itu (si lelaki memegang erat tangan si wanita dan menarik dengan penuh kasih sayang bangkit dari katil.)

Si Wanita  : Sayang, terima kasih kerana menyayangiku kerana Allah. (titisan permata berkilau mula jatuh dari mata) Aku juga ingin menemani mu selama-lamanya. Akan ku taat kepadamu dan juga Allah.

Si Lelaki   : Uhibbuki Fillah, uhibbuki fillah. uhibbuki fillah.(sambil menyapu permata yang menitis di pipi si wanita dan memeluk erat tubuh si wanita yang kecil sedikit daripada si lelaki) Janganlah buang permata ini, kerana aku tidak sanggup melihat permata yang mahal harganya jatuh sebegini rupa. Senyumlah.. :)

Kedua-duanya pun menunaikan Solat Subuh berjemaah  bersama ahli keluarga lain yang di imamkan oleh Si Lelaki. Si Lelaki adalah si suami kepada si wanita ^_^

## Indahnya Baitul Muslim. Saling mengingati mengenai kewajipan sebagai hamba. Saling berkongsi kasih sayang dengan sempurna. Baitul Muslim, jagalah dengan keimanan bukan di jaga dengan amarah dan keegoan yang menebal. Baitul Muslim, hiasilah dengan amal dan ibadah bukan dengan maksiat dan fitnah.

Dalam perbualan yang saya tunjukkan tadi menampakkan betapa sabarnya si suami itu perlu dalam membimbing dan mendidik si zaujah. Dengan kesabaran dengan senyuman dengan kasih sayang mampu melembutkan si zaujah dan mampu membimbing si zaujah dengan baik. Inilah peranan si suami yang diperlukan sebagai pelindung, sebagai pembimbing kerana si zaujah hatinya terlalu lembut sehingga boleh terlupa dan alpa semula. Si suamilah yang memandu si zaujah ini. Biarlah dengan kelembutan, kesabaran, kasih sayang, bukan dengan kekerasan, cacian, makian. (aku paling tidak suka bila melihat kekerasan, cacian, makian di gunakan) Lelaki diberi sifat kasih sayang yang tinggi dan sifat menghargai yang begitu mendalam, tetapi keegoan membuat sifat ini tenggelam dalam diri mereka sebenar.

Ingatlah si isteri! jika si suami membuat kebaikan, isteri dapat ganjarannya juga. tetapi si isteri membuat dosa, si suami juga menanggungnya, dan si isteri membuat kebaikan hanya si isteri sahaja yang mendapat pahalanya. Betapa besarnya tanggungjawab si suami, dan apabila tiba masa untuk meniti di titian Sirat pada hari pembalasan, jika si suami lambat dan sukar untuk menyeberangi  titian sirat tersebut, si isteri akan membahagikan sedikit pahala kebaikannya kepada si suami bagi melintasi titian sirat itu dengan lebih mudah. Ya Allah bahagianya Baitul Muslim yang Engkau unjurkan dalam agama Islam!! Saling memerlukan, saling menolong sehingga hari pembalasan masih lagi saling memerlukan dan saling menolong.

Buat si suami, janganlah.. janganlah sesekali melakukan berdasarkan sifat amarah dan ego yang tinggi. Buat si isteri, lembutkanlah hati si suami dengan kata-katamu dan keprihatinmu kepada mereka. Insha Allah Baitul Muslim yang dibina akan diberkati dan direstui Allah dunia dan akhirat.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan, bagi yang perancangan membina Baitul Muslim, cubalah tanamkan diri anda untuk melakukan Solat Sunat Nikah. Sebelum akad nikah dan selepas akad nikah. Sebaik-baiknya berjemaah dengan isteri meminta keberkatan rumah tangga dan kebahagiaan rumah tangga. Harap di amalkan ye. Saya pun mengimpikan keadaan ini juga yang tidak pernah saya fikirkan. Betapa indahnya semuanya kerana Allah Taala.

** Aku ingin menjadi seperti Si Lelaki tersebut. =) 

                                        
                                          insan serba kekurangan,



Al-Fatihah Satu Kesempurnaan

Assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi Allah yang telah mewahyukan Surah Al-Fatihah (Ibu Quran) yang menjadi sumber membangkitkan SUARA HATI; pemberi informasi yang maha penting, pembisik kebenaran terpuji. Al-Fatihah telah menjadi dasar membina akhlak terpuji, memantapkan keyakinan harapan dalam segala permintaan. Begitu juga menjadi panduan diri ke arah KEJAYAAN HAKIKI di dunia dan akhirat. 

Al-Quran panduan orang-orang Islam
Saya ingin berkongsi sedikit mengenai KESEMPURNAAN AL-FATIHAH, dari segi bacaannya mahupun maksudnya. Saya bukan arif sangat mengenai hal ini. Jika ada kesalahan harap tegur dan perbetulkan, kerana tuntutan menuntut ilmu adalah menegur kesilapan yang berlaku dan membetulkan segala kesilapan tersebut. sekadar satu perkongsian.

Biarlah tetapkan hati bermula dengan niat untuk meminta bimbingan Allah bagi memahami menghayati serta menerapkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai pedoman Agong dari Allah. Setiap bacaan, bermulalah dengan:- 

1. Bismillaaahirrahmaanirrahiim.
Maksud       : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
----- Setiap yang kita mula, ingatlah memulai sesuatu atas nama Allah. Dalam permulaan ini, nama-nama Allah, rahman dan rahim telah memberi kita panduan supaya memulakan dengan sikap rahman dan rahim dalam memulai sesuatu yang pastinya membawa kebaikan. Ya nama Allah merupakan tenaga Ilahi yang menjadi penjana kepada segala aktiviti makhluk. Inilah ayat yang mampu menjadi pemangkin kepada diri ke arah kebaikan dan kejayaan, kerna ingat bahawa apa yang kita kerjakan adalah "dengan nama Allah..". Dengan ini juga kita lebih percaya diri kerana bertindak atas nama Allah Yang Maha Mulia, Maha Agong lagi Maha Perkasa. Bacalah dengan sepenuh hati untuk merasai kebesaran Allah yang terdapat dalam diri kita.

2. Alhamdulillaahirabbil 'Aalamin.
Maksud         : Segala puji bagi Allah semesta alam.
----- Kita sebagai makhlukNya akan sentiasa merasa dalam curahan rahmat Allah, pemilik alam semseta. Akan merasa tenteram, rasa dilindungi kerana kita telah didasari suara hati oleh kepercayaan bahawa kita berbuat apapun hanya atas tugas mensejahterakan bumi milik Allah. Maka semestinya kita selalu meningati sifat-sifat Allah sebagai landasan kecerdasan emosi dan spiritual.

3. Arrahmaanirrahiim.
Maksud         : Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-----  Inilah sikap yang perlu ada dalam setiap makhluk. Sikap mengasihi sesama makhluk. Ya, bagi meraih suatu kepercayaan, haruslah didasari atau di tunjangi oleh sikap rahman dan rahim kepada diri dan semua orang. Sentiasa berfikir untuk memberi manfaat sesama manusia dan tidak merugikan orang lain , inilah kunci kepada kesejahteraan sosial yang dicari. Berkasihlah sesama makhluk dengan landasan yang Allah bagi. dengan landasan yang Allah syaratkan.

4. Maaliki Yaumiddiin.
Maksud         : Pemilik/ Raja Hari Pembalasan.
-----  Matlamat asas kita dihidupkan yang selalu berorientasikan  masa depan, memiliki tujuan dan harapan yang jelas, serta mematuhi perancangan yang benar dalam mencapai matlamat hidup. Memiliki kesedaran penuh bahawa kejayaan tidak BOLEH dicapai dengan jalan yang dilarang. Inilah jaminan KEJAYAAN bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah semata-mata.

5. Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin.
Maksud         : hanya kepada Mu kami mengabdi dan hanya kepada Mu kami meminta pertolongan.
------  Mengajak kita untuk mengukuhkan keimanan dalam diri kita.Semua yang dilakukan hanya kerana Allah yang Esa. Melakukan sesuatu dengan penuh kejujuran dan bersungguh-sungguh sedaya upaya dengan bijak sana untuk mencapai matlamat kerana merasa sentiasa 'dilihat' Allah. sentiasa sanggup menghadapi rintangan da redha dengan kegagalan tanpa pututs asa meneruskan usaha dengan penuh keikhlasan.

6. Ihdiash Shiraathal Mustaqiim.
Maksud        : tunjukilah kami ke jalan yang luas dan lurus
------ Dalam ayat ini, tersiratnya adalah kita disuruh untuk memperbaiki segala tindakan kita semuanya dalam landasan yang betul dan jalan yang betul. Jalan lurus ialah jalan Tauhid Uluhiyah (pengabdian diri hanya kepada Allah) dan Tauhid Rububiyah (berhajat dan bergantung kepada Allah). Inilah langkah mengikuti Suarah Hati dalam fikiran ke alam nyata. Dalam ayat inilah merupakan perletakkan perjuangan yang sesungguhnya, langkh Islam yang diaplikasikan secara menyeluruh.

7. Shiraathal Ladziina An'amta'Alaihim, Ghairil maghdhuubi'Alaihim waladh Dhaalliin.
Maksud       : Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan                                                               jalan yang sesat.
------ Ayat ini juga memnerangkan mengenai penyempurnaan iaitu kesungguhan dan keredhaan. Dalam perjalanan hidup ini, teruslah bersihkan hati, asah fikiran dan baiki perlaksanaan secara berterusan, sehingga terasa dan terbentuk perubahan-perubahan dalam pencapaian jasmani dan rohani. Dengan penuh yakin jalan Allah sangat luas menjanjikan kejayaan HAKIKI demi mencari redha Allah SWT.

8. Amiin.
Maksud        : kabulkanlah
-----  Menerima segala ketentuan Allah. Apa pun yang berlaku, bersyukur, terima dengna ikhlas untuk lebih bermuhasabah, mengkaji dan lebih berusaha kerana yakin bahawa usaha kita belum sempurna menurut ketetapan (qadak dan qadar) Allah.

Al-Fatihah surah yang menyimpan seribu rahsia di dalamnya untuk kita cungkil dan bongkar apa yang telah dimaksudkan dalam kalam Allah ini. Jika kita lihat, surah Al-Fatihah memberi panduan segala-galanya dalam kehidupan kita untuk yang lebih baik. Bacalah surah ini dengan sifat hurufnya yang betul,  tajwid yang betul dan hayati segala maksud ayat ini. Bacalah dengan meminta bimbinganNya dengan niat ikhlas kerana Allah. Barakallah.

** Saya tinggalkan video mengenai cara bacaan yang betul bagi Surah Al-Fatihah  yang dikendalikan oleh Ustaz Don Daniyal dalam rancangannya 30 Minit bersama Ustaz Don.



                                                                                                                   insan serba kekurangan,


Monday, April 30, 2012

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Jodoh, Jodoh, Jodoh. Sampai Lembik!




Dahulu, semasa saya memulakan kembara cinta. Saya sama seperti kebanyakan orang. Terperangkap dalam paradigma jodoh. Biasalah, semangat nak dapat jodoh yang baik, bercinta dengan cinta yang baik. Jadi, urusan jodoh ini sering berada dalam fikiran.
Sehingga satu tahap, saya usaha menjadi ala-ala malaikat dengan mengangkat statement seperti:
“Kita ini hanya menunggu jodoh yang Allah telah tuliskan untuk kita di lauh mahfudz sana.”
‘Menanti’, ‘Memendam’, dengan kepercayaan bahawa, nanti Allah bagi kita jodoh yang baik. Ya, begitulah yang saya percaya. Dan ketika waktu-waktu begini, sangatlah saya obses dengan mimpi-mimpi yang saya rasa, saya ulang, saya rasa menjadi isyarat kepada jodoh saya.
Hari ini, saya telah lama meninggalkan semua itu.
Saya melihat, perasaan sedemikian adalah penyakit.
Hingga Tidak Tentu Arah.
Apabila saya menjadi penulis dan mula menempa nama, maka Facebook saya sering diketuk dengan pelbagai persoalan mengenai cinta. Soalan paling popular adalah: “Bagaimana hendak mengetahui bahawa dia itu jodoh saya?” Begitu.
Ramai yang bercerita akan dia bermimpi sekian dan sekian. Terlihat wajah sekian dan sekian. Berlaku sekian dan sekian. Ada pula yang menceritakan tentang degupan jantungnya begini dan begitu, akalnya yang begini dan begitu, dan sebagainya. Ada pula yang cuba menjustifikasikan perasaannya dengan menyatakan kebetulan-kebetulan yang berlaku seperti asyik terserempak, bila diperiksa minat si fulan/fulanah itu sama dengan dirinya, dan sebagainya.
Kemudian mereka menceritakan bagaimana mereka tidak tenang, kerana asyik terfikirkan perkara ini. Bagaimana mereka takut untuk membuat keputusan yang ‘tidak direstui petanda-petanda’ ini. Lebih teruk, ada pula yang telah bertunang, telah mengikat janji hendak berkahwin, sudah berurusan dengan keluarga dan sebagainya, kemudian diserang ‘fikiran-fikiran sebegini’, hingga menjadi tidak tentu arah dan ragu-ragu dengan pilihannya.
Masa muda, habis disibukkan dengan perasaan-perasaan sebegini. Kemudian buat keputusan terburu-buru, kerana ‘dipandu’ kefahaman sebegini.
Mereka menamakannya dengan pelbagai nama.
‘Panggilan Tuhan’, ‘Petunjuk Tuhan’ dan pelbagai nama yang menunjukkan ketuhanan, untuk menyatakan inilah dia ‘hidayah, ilham’ daripadaNya.
Tetapi bagaimanakah petunjuk Tuhan itu boleh menjadikan seseorang tidak tenang dan fikiran seseorang bercelaru? Bagaimanakah Tuhan, memandu seseorang tanpa praktikal yang logik sedang hamba-hambaNya hidup di alam realiti?

Jodoh, Di TanganNya. Mereka Sendiri Kata.
Siapakah Jodoh Kita?
Sebenarnya satu soalan yang tidak mampu dijawab sesiapa.
Apakah dengan yang kita berkahwin, itu jodoh kita? Belum tentu. Ada orang berkahwin, cerai. Ada orang berkahwin, kemalangan, seorang mati dan seorang lagi hidup, lalu yang hidup kahwin pula dengan orang yang lain.
Jadi apakah mafhum ‘jodoh’? Ya. Terlalu abstrak. Tidak mampu diikat dengan apa-apa.
Maka bagaimanakah kita boleh menyibuk-nyibukkan diri berfikir akan perkara sebegini sehingga menganggu kehidupan kita?
Jodoh itu ditanganNya. Ayat ini, sering disalah guna, untuk melarang mereka yang ingin berusaha mencari jodoh yang baik buat diri mereka. Mereka ini akan sering dinasihatkan oleh sekumpulan manusia: “Tak payah usaha kuat sangat, jodoh itu di tangan Allah, Dia telah menetapkanNya.”
Apakah nasihat ini? Ya, jodoh itu di tangan Allah SWT. Justeru, kita tidak tahu. Tetapi Allah SWT telah memberikan kita petunjuk, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’ melalui firmanNya:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” Surah Al-Baqarah ayat 221.
Jadi, memang kita tidak akan tahu ‘siapa’ jodoh kita. Tetapi kita tahu, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’. Maka bergeraklah. Cari. Risik. Selidik. Usaha dapatkan yang terbaik. Jelas Allah SWT sendiri mengisyaratkan kita untuk ‘mencari’. Lihatlah bagaimana Dia berfirman: Dan janganlah kamu berkahwin dengan…”
                Bukankah itu tandanya, pilihan di tangan kita? Kalau semuanya telah diaturkan, ditetapkan, buat apa Allah SWT pesan agar kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jenis orang?
Maka, sepatutnya, kita bergerak mencari. Bukannya menanti petanda-petanda ajaib. Kita ini walikah sehingga kita dapat membezakan mana satu mimpi yang Allah berikan petunjuk, mana satu mimpi mainan syaitan? Kita ini walikah sehingga kita dapat menjangka dengan tepat kebetulan-kebetulan itu adalah tanda Allah nak si fulan/si fulanah itu jodoh kita? Bukan. Kita bukan wali!
Maka hendaklah kita berpijak di bumi yang nyata.
Bergerak secara praktikal!
Jodoh di tanganNya. Kita tidak tahu. Sebab itu kita berusaha!

Jangan Takut Selepas Berusaha.
Sebab itu, amat penting untuk kita meneliti semula kefahaman kita terhadap rumahtangga di dalam Islam. Tujuan berumahtangga. Ianya adalah untuk membina ummah. Bukannya untuk berseronok-seronok, sekadar hendak memenuhi kehendak nafsu dan hayat.
Bila kita memahami bahawa rumahtangga adalah untuk membina ummat, maka kita tidak akan serahkan perkara sebesar ini semata-mata kepada mimpi.
Bila kita telah berusaha, telah bersungguh-sungguh mencari ciri-ciri yang baik, yang sesuai untuk dijadikan isteri/suami kepada kita, maka percayalah dengan pilihan itu. Apa yang ada di tangan, usahakan. Sebab itu, perlu ada reason yang sangat kuat, kenapa kita pilih si dia untuk menjadi isteri/suami kita.
Sebab itu saya sarankan agar kita meneliti, menyelidik, usaha untuk at least kenal serba sedikit dengan orang yang ingin kita jadikan sebagai bakal pasangan kita dalam rumahtangga. Ada banyak cara yang syar’ie dalam hal ini. Tidak perlu mengorat, tidak perlu bercouple. Yang diperlukan adalah kesabaran dan keberanian.
Pergi kepada wakilnya, tanyakan perihalnya serba sedikit. Pergi kepada yang mengenalinya, tanya bagaimana dia. Perempuan pun sama, pergi selidik. Tanya sesiapa yang kenal dengannya. Kalau dia ada adik atau kakak perempuan, gunakan peluang itu sebaiknya. Kalau ada wakil lelaki dari pihak anda, minta agar wakil lelaki anda selidiki diri lelaki itu.
Yang penting, carilah sebab yang paling ampuh(semestinya sebab yang syara’ dan diredhai Allah) untuk menjadikan dia pasangan kita.
Bukan atas mimpi, bukan atas kebetulan-kebetulan.
Kemudian sibuk fikirkan itu adalah jodoh, jodoh, jodoh, sampai serabut kepala dan lembik peribadi. Syok sendiri.
Usaha, pilih, dan selepas pilih, istiqomahlah!
Usaha dah syara’, jalan pilih dan ciri-cirinya sudah menyenangkan jiwa kita, apa lagi mahu diragu-ragukan? Jalan terus. Usah pandang-pandang kiri dan kanan lagi.

Penutup: Buanglah Mainan Perasaan Ini. Cinta Adalah Serius!
Buanglah mainan perasaan seperti mimpi-mimpi dan kebetulan-kebetulan ini. Buanglah statement-statement malaikat seperti ‘Menanti Jodoh Yang Telah Ditetapkan’ dan sebagainya. Mana kita tahu?
Mari, saya ajak kepada yang lebih praktikal. Saya dahulu juga sibuk dengan benda-benda jodoh ini, tetapi selepas saya memahami betapa Allah SWT menganjurkan kita agar berusaha, dan betapa saya memahami Islam ini adalah praktikal, maka saya telah meninggalkan semua kelembikan ini.
Islam itu berdiri di atas perkara yang solid. Bukan rasa-rasa, dan perkara selemah mimpi!
Bukannya saya melarang perkara seperti istikharah. Namun meletakkan semua ke atas perkara yang kita sendiri tidak pasti, samalah seperti kita menguruskan urusan Tuhan. Allah sendiri suruh kita usaha, sudah Dia berikan ciri-ciri yang Dia suka, maka apa lagi? Usahakanlah!
Isu Istikharah juga hangat. Banyak salah faham di dalamnya. Sangka orang, istikharah, maka jika selepas itu mimpi, itulah jawapannya. Jika selepas itu nampak ‘tanda’, itulah jawapannya. Sedangkan, perkara yang sebenar bukan semudah itu!
Saya akan terangkan perihal istikharah secara khusus dalam lembaran yang lain.
Yangpenting, buanglah permainan perasaan ini.
Jangan jadi nujum jodoh.
Pandanglah dengan mata realiti. Bukan mata majazi.
Usalah dengan apa yang telah Tuhan beri, bukan fikirkan apa yang Tuhan akan beri.
Ketepikan kelembikan atas perihal jodoh, jodoh, jodoh ini!

**ambil daripada http://langitilahi.com/8217.. untuk perkongsian.. Syukran LangitIlahi.. banyak perkongsiaan Motivasi di langitlahi.com sebagai pemangkin semangat dalam kehidupan.. Saya sangat suka motivasi ini yang memberi semangat, jangan berputus asa.. bukan hanya dalam soal jodoh, jangan berputus asa juga dalam apa jua hal. Baik daripada pelajaran, pertandingan, kehidupan.. Sebab itu Allah suruh kita berusaha, berdoa lepas tu baru tawakkal dan istiqamah.. :) ana uhibbuka fillah.. semoga memberi manfaat kepada kita semua.. ^_^

** aku juga ingin menjadi seperti saudara yang menubuhkan langitilahi ini.. menjadi penulis.. menjadi motivator.. InshaAllah aku akan usahakan.. doakan segalanya untuk sahabat ini.. semoga satu hari kelak mampu seperti penulis dan founder langitilahi.com.. ^_^


                                                         insan serba kekurangan,

Azuandi1825. Powered by Blogger.