Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Sekian lama, berbulan-bulan blog ini tak diupdate dan tak dijengok.. Lama rasanya.. Tetibe jer balik dari kelas terasa hendak menulis dan berkongsi sesuatu. Kehidupan semakin meningkat usianya semakin banyak tanggungjawab yang hendak digalas. Jangan pernah pandang ringan pada tanggungjawab kerana tanggungjawab itu adalah cerminan bagi diri kita sama ada mampu ataupun tidak kita memikul tanggungjawab yang diberi. Sememang nya tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu dengan sempurna, apa salah nya untuk mencuba?! Setiap apa yang kita cuba itu adalah usaha kita untuk sesuatu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
(CUBA = USAHA )
-----------------------------------------------------------
Apa persamaan nya? aaa.. formula ini saya akn kongiskan pada hari yang lain.. InshaAllah..
Topik yang aku hendak kongsikan adalah mengenai "TAKDIR". Ramai yang berani mempersoalkan "TAKDIR" padahal ianya adalah ketentuan Allah SWT. Saya ingin mengajukan persoalan kepada anda semua,
(TAKDIR = KETENTUAN ALLAH)??
Is it TrUE?? Kalau ianya adalah benar, kenapa ramai yang tidak redha pada takdir, tetapi jika dikatakan ketentuan Allah SWT ramai yang redha?? Kenapa?? Persoalan ini aku tinggalkan untuk semua pembaca untuk difikirkan untuk direnungkan.
Setiap insan yang bergelar hamba Allah, pasti tidak akan terlepas daripada perancangan yang dilakukan oleh Allah SWT. Perancangan yang kita lakukan didunia ini hanyalah perancangan daripada jiwa dan minda sebagai manusia namun, sebaik-baik perancangan datangnya daripada Allah SWT. Sememangnya terdapat beberapa perkara yang Allah sembunyikan pada semua hambaNya di dunia ini. Antara semua perkara tersebut, terdapat dua perkara yang manusia selalu lihat iaitu JODOH dan AJAL. Kedua-duanya adalah rahsia Allah SWT, kita sendiri tidak tahu siapakah jodoh kita, dan bilakah Malaikat Izrail datang menjalankan tugasnya terhadap kita. Kedua-dua perkara ini adalah takdir. Ketentuan daripada Allah !!
Jika ianya Takdir, Aku hanya redha..
Selagi ada masa, selagi ada ruang masih ada lagi untuk kita mengenali Maha Pencipta kita... masih ada lagi peluang untuk memohon taubat kepadaNya. Setiap apa yang berlaku dalam diri kita adalah cubaan yang Allah turunkan kepada hambaNya yang mampu. Allah tidak akan membebankan hambaNya tetapi kita sebagai hambaNya yang sentiasa merasakan diri terbeban. Ayuh sahabat!! Muhasabah diri!! banyak lagi yang kita perlu fikirkan dan siapkan untuk menghadapi hari yang mendatang..
Sememangnya semua orang tidak akan terlepas dengan perasaan kecewa seperti kecewa tidak berjaya mahu pun kecewa pada cinta.. Kadang-kadang terlalu sukar untuk kita menerima perkara sebegini.. YA!! memang sukar.. sukar itu bukannya kita tak mampu dan berbalik kepad kata-kata ini " Allah tidak akan membebankan hambaNya dan tidak akan menurunkan satu cubaan itu sekiranya kita tidak mampu."
TETAPI...
pernahkah kita terfikir bahawa, Allah menurunkan sesuatu cubaan itu kerana Dia rindu pada hambaNya iaitu kita..Allah terlalu rindu dengan kita.. Allah terlalu rindu dengan suara hambaNya yang memujiNya.. Betapa sayangnya Allah terhadap hambaNya.. Tidak pernah sesekali melupakan hambaNya.. namun hambaNya yang hidup di dunia ciptaanNya sering sahaja alpa dan lupa padaNya.. MasyaAllah.. masakan kita boleh terlupa kepada yang meniupkan roh2 di dalam badan kita ini.. masakan kita boleh lupa kepada yang memberi Rahmat dan perlindungan kepada kita ini.. Ya Allah.. ampunkanlah dosa-dosa ku ini Ya Allah..
Jika benar ianya takdir yang telah ditentukan oleh Allah.. aku terima seadanya.. Sebaik mana perancangan pun, perancangan Allah lagi baik dari segala-galanya.. Allah Maha Mengetahui.. Jangan terlalu perjudis.. aku sering memotivasikan diriku.. Mungkin aku tidak lagi bersedia memikul segala tanggungjawab tersebut. Apabila aku sudah bersedia, pasti Allah akan membuka balik jalan ke arah tersebut. InshaAllah.. Allah sering memperingatkan kita untuk tingkat diri kita, iman kita, tingkatkan kemajuan dalam diri kita. InshaAllah sahabat!! Jangan pernah putus harapan pada Allah.. Percayalah!! Allah sentiasa bersama kita.. Allah sentiasa membantu kita.. Berdoalah sebanyak mana yang mungkin.. berdoalah seikhlas yang mungkin.. kerana doa mampu mengubah segalnya sekiranya Allah mengizinkannya..
Masa ini adalah masa untuk aku memperbaiki diriku.. masa ini adalah masa untuk aku mempersiapkan diri ilmu dunia dan akhirat.. sekiranya Allah mengatakan ianya " Jadi !" maka jadilah perkara tersebut.. InshaAllah.. sejauh mana pun dikejar sejauh ma melarikan diri, sekiranya Allah telah menetapkan rezeki kita, telah menetapkan Maut kita, telah menetapkan jodoh kita, sememangnya tidak akan ke mana.
Jika ianya takdir, aku hanya redha.........
Moga Allah sentiasa memberkati diriku dan dirimu..
Doa yang akan ku kirimkan selalu setiap masa saat dan ketika..
amiin..